JUk’s

There are 2 types of person. The giver and the taker. Of course the taker will have good meals but the giver gets better sleep.

“bila lagi boleh telefon emak?”

Dah lama rasanya tak berbual telefon dengan emak. Alhamdulillah baru sebentar tadi dapat dengar suara emak. Lega bila suara tersebut menggetarkan telinga yang sudah lama tidak didendangkan alunan kasih.

.

Bukan tak boleh selalu nak telefon emak. Kalau nak, hari-hari boleh buat. Hari-hari boleh angkat telefon, dail no +6038062**** kemudian tunggu orang angkat. Tapi, kalau buat hari-hari dan setiap masa, nanti kerja lain pula bertangguh, assignment tak siap ataupun rakan persatuan komen kenapa kerja ‘miss deadline‘.

.

Sebab itu nak telefon mak hari-hari tak ‘feasible‘. Walaupun benda baik tapi tak kena pada tempatnya.

.

Sebab itu hanya telefon emak pada hujung minggu ataupun pada masa emak atau abah atau keluarga sedang bercuti.

.

Lagi menarik kalau buat macam ini sebab cerita satu mingga boleh kumpul dan dijadikan modal untuk dikongsi sama emak atau abah.

.

Perihal cerita, emak tak suka cerita yang panas-panas. Kalau ada cerita yang panas-panas berlaku kat sini, emak hanya dengar sahaja sambil mengangguk. Bukan emak tak peduli dengan isu hangat cuma emak tak minat. Mungkin sebab waktu telefon yang singkat, maka emak lebih ingin mengetahui keadaan anaknya berbanding isu semasa yang emak boleh usaha sendiri untuk tahu melalui surat khabar.

.

Tapi, lain pula bagi abah. Abah memang suka dengar cerita yang panas-panas. Kalau cerita dekat abah cerita panas-panas, abah mesti pasang telinga dan fokus. Lepas itu abah akan kasi komen, idea dan sedikit nasihat. Menarik juga bila bincang benda-benda macam ini dengan abah. Adakalanya bila tak setuju dengan pendapat abah, abah kasi bincang. Jadi, ideapun bercambah walaupun sesetengahnya abah masih lagi dengan pendirian yang asal.

.

Lepas habis sesi dengan emak dan abah, ada sesi telefon dengan adik-adik. Dengan adik-adik selalunya hanya bertanyakan khabar ataupun tanya samada ada masalah studi ataupun tidak. Itupun kalau mereka ada di rumah dan pihak sekolah tidak buat program yang khusus untuk mereka yang menetap di asrama. Perbualan dengan adik-adik jarang lebih daripada 10 minit kerana tak banyak perkara yang boleh dibawa bicara lama-lama. Tapi, akhir perbualan selalunya diserikan dengan kata-kata nasihat dan juga janji untuk membawa pulang sesuatu semasa balik ke Malaysia nanti.

.

Sebelum talian dimatikan, emak akan capai mikrofon dan bagi sedikit peringatan. Emak akan pesan supaya jaga sembahyang, amalan dan iman. Abah pun sama, bagi peringatan sama macam emak. Saya hanya meng’hurm’ sambil memohon agar didoakan sejahtera dunia akhirat. Akhirnya, talian terputus. Status di Skype menunjukkan “Call has ended”. Saya termenung dihadapan laptop sambil bertanya dalam hati:

“bila lagi boleh telefon emak?”

Kalau Boleh…

Kalau boleh bermain masa
Pasti ku putar jarum waktunya
Ingin kembali ke zaman muda
Terlepas memikirkan mehnah dunia

.

Kalau boleh ku ungkapkan kata
Pasti berbaris ku luahkan rasa
Tetapi hati merah jangan dituba
Nanti tawar untuk bersua

.

Kalau boleh aku bersendirian
Ingin ku pinta ruang di tepian
Mengatur kembali jalan kehidupan
Agar tidak berliku kekusutan

.

Kalau boleh ingin ku lihat
Tiada puak dalam berumat
Tetapi manusia bukannya gamat
Masing-masing punya matlamat

.

Kalau boleh ku lepaskan tanggungan
Ingin ku lari bersembunyi di Kayangan
Tapi janji tuhan bukan murahan
Syurga bukan untuk yang berangan

Kamar 1, 11.39 malam
Baiti Jannati

Kalau boleh...

Kalau boleh...

Coretan Syawal

Pagi tadi saya terjumpa secebis nota diatas meja. Bunyinya begini:

.

“Jukep, saya dan Dubdub pergi mencari sanak saudara kami. Mahu bermaafan-maafan di hari yang mulia ini. Yang benar - Obob”

.

Nota itu saya letak kembali ke atas meja sambil menyambung kerja memeram ayam. Dek kerana sibuk menyiapkan makanan untuk tetamu yang akan datang ke rumah terbuka kami sebentar nanti, saya tidak ada masa untuk membaca nota itu sepenuh hati. Harap-harap mereka semua selamat semasa berada di luar sana.

.

Perhatian kini saya tumpukan kepada mempersiapkan rumah terbuka kami. Menu yang kami cadang untuk hidangkan ‘simple‘ belaka. Hanya mee kari dan ayam BBQ. Ingat nak tambah lontong tapi, sebab tiada masa dan tak cukup tenaga, kami kekal kepada rancangan asal kami.

Memotong ayam sebelum diperam...

Memotong ayam sebelum diperam...

Sebelum ini, telah pun ada sebuah rumah kenalan kami yang telah menganjurkan rumah terbuka berdekatan dengan kawasan tempat tinggal kami. Sebelum itu juga, hari khamis lepas, Cik Afidah, pegawai JPA Dublin sudah menganjurkan rumah terbukanya. Tapi rumah terbuka yang paling meriah sekali tentunya rumah terbuka anjuran Duta pada hari raya pertama yang bertempat di Malaysian Hall. Sepanjang hidup saya memenuhi undangan rumah terbuka, saya memerhatikan trend rumah terbuka ini mempunyai beberapa ciri yang khusus:

.

1) Makanan yang tuan rumah hidangkan pasti sedap belaka.
2) Trend seumpama ini hanya diamalkan oleh masyarakat Malaysia sahaja dan hanya ketika bulan Syawal.

.

Tanpa dinafikan lagi tuan rumah yang menganjurkan rumah terbuka secara umumnya akan memastikan makanan yang disediakan sedap. Sebabnya, makanan yang sedap menjanjikan tarikan yang boleh menarik lebih ramai tetamu untuk datang. Rumah yang menghidangkan Sate, contohnya, akan dijadikan prioriti untuk dilawat terlebih dahulu daripada rumah yang hanya menjamukan air sirap.

.

Tetapi, umumnya juga, ( saya hanya bercakap dari segi umum merujuk kepada beberapa buah rumah yang saya telah pergi ) kadangkala kita terlepas pandang dalam soal menjaga kesihatan apabila menghadiri rumah terbuka. Rata-rata rumah terbuka yang saya pergi pasti ada menghidangkan makanan yang mempunyai kandungan kolesterol yang agak tinggi. Sebagai contoh, hidangan ‘wajib’ seperti rendang, lontong dan…errr, sate (kalau makan lebih dari 20 cucuk)

Rumah terbuka tipikal di Malaysia

Rumah terbuka tipikal di Malaysia

Kenapa kolesterol? kolesterol penting kerana 1) kalau kita tak ambil kolesterol, badan kita mampu menghasilkan kuantiti kolesterol yang mencukupi. 2) Kolesterol adalah salah satu punca kepada darah tinggi dan darah tinggi pula adalah punca kepada Kerajaan terpaksa menampung kerugian yang tinggi setahun menanggung masalah penyakit berkatian.

.

Baru-baru ini, ‘in fact’, hari ini saya ada terbaca laporan dalam utusan yang mengatakan kerajaan bersetuju untuk memberi vaksin pelalian bagi mencegah barah pangkal rahim ( cervical cancer ). Pemberian vaksin ini berkemungkinan akan dilakukan di sekolah-sekolah untuk pelajar perempuan yang mencecah umur 13 tahun. Untuk usaha ini, Kerajaan dijangka terpaksa menanggung kos sebanyak RM150 juta setahun membeli vaksin tersebut daripada pembekal…

.

Hurm…nampak macam satu usaha yang melibatkan kos yang besar. Tetapi, apabila melihat kepada fakta yang kerajaan terpaksa membelanjakan hampir 380 juta untuk merawat komplikasi daripada HPV ( virus dan juga penyebab utama barah pangkal rahim ) maka langkah kerajaan menjimatkan RM230 juta dengan tindakan mencegah daripada mengubati merupakan sesuatu yang bijak. (sumber: Utusan)

.

Namun berlainan pula dengan darah tinggi serta kebanyakan penyakit salur darah yang lain. Setakat ini saya tidak tahu lagi ada maklumat yang mengatakan darah tinggi boleh dicegah dengan vaksin…( kecualilah darah tinggi yang berpunca daripada serangan virus/bakteria ). Justeru, tiada cara lain bagi kita untuk mengawal penyakit ini kecuali dengan mengawal salah satu puncanya iaitu pengambilan kolesterol.

.

Oleh kerana kolesterol boleh dihasilkan oleh badan, maka kadar penghasilan kolesterol bergantung kepada jumlah kolesterol yang diperoleh dari sumber luar. Jika kita ambil lebih kolesterol maka badan akan menghasilkan kolesterol dalam kuantiti yang sedikit dan begitulah sebaliknya.

.

Ketika puasa, jumlah kolesterol yang diambil berkurangan sebab kita makan sedikit. Jadi, badan akan ‘adjust‘ kadar penghasilan kolesterol di kilang kolesterol yang terletak di hati supaya meningkatkan penghasilan kolesterol dalam jumlah yang cukup sahaja untuk badan. Akhirnya, dalam tempoh sebulan, badan akan mula beradaptasi dengan kadar penghasilan kolesterol yang baru ini.

.

Tetapi, adaptasi ini menimbulkan masalah ketika bulan Syawal. ketika ini pengambilan kolesterol kita mendadak secara tiba-tiba kerana kadar pengambilan makanan yang meningkat dek jemputan ke rumah terbuka yang tidak putus-putus.

.

Kesannya, kandungan kolesterol dalam badan kita melebihi paras normal disebabkan badan kita memerlukan sedikit masa untuk ‘adjust‘ kembali kadar penghasilan kolesterol di kilang kolesterol kepada kadar baru yang jauh lebih sedikit.

.

Sementara badan kita meng’adjust‘ kembali kadar penghasilan kolesterol semulajadi, lebihan kolesterol yang terdapat dalam badan boleh mendedahkan kita kepada pelbagai penyakit seperti darah tinggi dan strok ( Faktor utama kepada pembentukan penyakit ini ialah salur darah sempit yang disebabkan oleh arterosklerosis ataupun pemendapan kolesterol di bahagian dalam salur darah )

.

Justeru, langkah terbaik dalam melindungi kita daripada penyakit ini ialah dengan mengawal pengambilan pemakanan kita. Walaupun hidangan yang disediakan mungkin kelihatan ‘baik’ di mata, namun harus diingat juga yang tidak semua perkara yang zahirnya baik tidak memudaratkan.

.

Tidak seperti barah pangkal rahim, penyakit yang disebabkan oleh kadar kolesterol yang tinggi tidak mempunyai vaksin yang khusus untuk mencegahnya. Maknanya, langkah pencegahan bagi penyakit-penyakit tersebut harus datang daripada diri kita sendiri.

.

Melainkan kita masih lagi mahu mengeluh yang pihak kerajaan tidak menyediakan biasiswa pendidikan yang mencukupi seetiap tahun maka kita biarkan sahaja kerajaan membelanjakan berates juta setiap tahun dalam merawat penyakit kardiovaskular yang boleh dicegah tanpa perlu kita risau pasal paras kolesterol.

.

Jadi, mahu mula berubah? Hurm…bersempena dengan Syawal ini, apakata mulakan dengan mengawal pemakanan di rumah terbuka…

Pose setelah letih seharian melayan tetamu menghadiri rumah terbuka

Pose setelah letih seharian melayan tetamu menghadiri rumah terbuka

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua…Khas dari Dublin.

Khas juga kerana tahun ini tahun terakhir saya beraya di bumi St. Patrick ini…Sedih campur suka. Sedih kerana terpaksa meninggalkan kenalan yang pelbagai bangsa dan ragam tetapi suka kerana lepas ni slot Aidilfitri akan terisi bersama keluarga tercinta…

Kenangan buat selamanya

Kenangan buat selamanya

P/s: Obob dan DubDub juga ingin mengucapkan selamat hari raya…sudah lama tidak mendengar berita dari mereka…

Finally, Moga-moga hari lepas ini menjadi lebih baik dari hari sebelumnya

taqaballahu minna wa minkum

21 September 2009
White Oak

Babysitting Daniel, Harris dan Adam (2 of 2)

8.37 malam.

“Jukep bangun. Dah berbuka…” teman serumah saya mengejutkan saya untuk diajak berbuka di Masjid.

.

“Eh, mana Adam, Daniel dan Harris?” Tanya saya sambil tercari-cari kelibat mereka yang tiba-tiba menghilang.

.

“Oh. Diorang dah ada kat luar tunggu kau” Balas rakan saya.

.

Saya menghembus nafas lega. Tak sangka penat juga jaga budak-budak ini. Entah bagaimana Abang Mawardi dapat melalui keadaan ini sehari-hari. Bukan untuk sehari dua tetapi sekurang-kurangnya 8 tahun!!!

.

DI bulan Ramadhan kebiasaan yang saya dan rakan-rakan lakukan adalah berbuka di Masjid depan rumah sebelum pulang untuk makan malam. Rutab yang segar akan dijamah terlebih dahulu diiringi dengan segelas air mineral Al-Hijiri.

.

Bak kata Imam masjid, itulah sunnah dan tertib berbuka puasa seperti inilah yang kami cuba biasakan dalam diri Adam, Harris dan Daniel. Alhamdulillah, mereka tidak banyak mengomel walaupun saya tahu mereka lapar betul setelah berpuasa hampir 16 jam!!!

.

Usai berbuka, solat maghrib akan segera dilakukan. Lazimnya, solat akan dilakukan seringkas mungkin dengan imam hanya membacakan surah-surah pendek. Selesai sahaja solat, kebanyakan jemaah akan terus pulang ke rumah untuk makan malam. Menyedari usaha puasa mereka perlu diraikan, kami cepat-cepat memimpin Adam adik-beradik pulang ke rumah untuk menjamu selera.

.

Di rumah, saya pun menyenduk nasi ke pinggan mereka dan rakan-rakan saya yang lain. Ayam masak Sup Cendawan Campbell pun diagih-agihkan sama rata. Apa lagi, dengan makanan yang sudah pun terhidang di depan mata saya terus menyuapkan nasi ke mulut sebelum Daniel bersuara.

Ayam masak dengan Sup Cendawan

Ayam masak dengan Sup Cendawan

“Shouldn’t we say our prayer first?” Daniel menegur saya.

.

“Yup. You’re right. I am almost forgetting it.” Saya cuba menahan malu sambil menyalahkan perut yang lapar menggila. Lalu Daniel pun membacakan doa makan sambil diaminkan oleh kami semua.

.

Sepanjang makan malam, kami berbual mesra dengan anak Abang Mawardi. Dari topik masakan ibu ketika berbuka sehinggalah ke pengalaman sekolah masing-masing, kami sibuk melayan karenah mereka yang seolah-olah tidak pernah surut walaupun ketika berpuasa.

.

Selesai makan malam, kami membawa mereka ke masjid untuk solat isya’ dan terawih pada pukul 10.15 malam. Oleh kerana malam itu bukan malam hujung minggu maka Imam hanya akan menghabiskan setengah juzuk ketika solat terawih 8 rakaat. Tazkirah di pertengahan terawih pun terpaksa diketepikan kerana pihak masjid berusaha untuk menghabiskan terawih sebelum pukul 11.00 malam bagi memberi ruang kepada para jemaah untuk berehat sebelum menyambung kerja pada esok pagi.

.

Tetapi, apabila saya selesai memberi salam ketika habis terawih pada rakaat keempat, saya melihat Daniel terduduk di sofa belakang masjid dengan mukanya yang kelihatan amat letih. Saya menghampirinya untuk mengetahui apa yang berlaku.

.

“Can I go home now? I’m so tired.”

.

“Oh, ok. Get your jacket. I’ll bring you home right now.”

.

Tetapi, sampai sahaja di rumah tidak semena-mena mata Daniel kelihatan kembali segar apabila melihat laptop saya. Lantas dimintanya izin dari saya untuk menggunakannya.

.

Didn’t you say that you’re tired just now?”

.

Yeah. But, I just remember Mr. Pickle needs to buy something or he will be poor and I will lose the game.” Daniel cuba memberikan alasan sambil menyebut watak yang dimainkannya dalam permainan “Sky Kingdom” di miniclip.com. Nasib baik namanya Mr. Pickle dan bukannya Ayah Pin…

.

Sambil menemani Daniel bermain laptop saya, saya mengheret bantal ke bawah kepala untuk berbaring seketika bagi menghilangkan kantuk. Niatnya untuk pejam seketika sebelum sambung rakaat terawih yang berbaki tetapi, sedar tak sedar saya terus tertidur.

Sky Kingdom

Hey, wake up. My dad is coming. I’m going home.” Tiba-tiba saya tejaga dikejutkan Daniel. Kelibat Abang Mawardi tercegat berdiri dihadapan saya.

.

“Daniel tak pergi sembahyan terawih ke?” Abang Mawardi tanya saya sementara saya masih lagi mamai.

.

“A’ah abang mawardi. Masa habis rakaat keempat saya tengok dia duduk kat sofa dengan muka letih. Ingatkan dia penat. Itu yang bawak dia balik rumah tu. Tapi…” Saya tidak menghabiskan bicara. Abang Mawardi menoleh kearah Daniel yang hanya tersenyum bilis.

.

Saya hanya tersenyum.

.

“Tak apelah. Anyway, terima kasihlah ye tolong jaga anak abang. Besar pahala antum ajar mereka mengaji semua.”

.

“Eh, ok je Abang Mawardi. Kami pun seronok jaga diorang.” Balas saya. Adam dan Harris yang berdiri di belakang Abang Mawardi pun turut tersenyum.

.

Daddy, can we come here again, tomorrow?” Daniel cuba merayu.

.

Abang Mawardi memandang ke arah saya. Saya hanya menjungkitkan bahu tanda ianya terpulang kepada budi bicara Abang Mawardi.

.

Ok. But on one condition, promise me that you’re going to behave mannerly.”

.

“Yes! It’s fair dad. I do.” Daniel begitu teruja mendapat izin Abang Mawardi.

.

“Thanks, dad. You too, Pointdexter. See you tomorrow.”

.

Sebelum melangkah keluar menuju ke kereta Abang Mawardi, Daniel melambai-lambai ke arah saya. Saya pun membalas lambaiannya kembali. Beberapa ketika kemudian kereta Abang Mawardi pun meluncur laju hilang daripada pandangan saya. Saya hanya mampu melepaskan satu nafas yang panjang. Satu hari yang penuh ceria kini berakhir.