JUk’s

There are 2 types of person. The giver and the taker. Of course the taker will have good meals but the giver gets better sleep.

Archive for December, 2008


Berkenalan dengan Obob dan Duddub

Penulisan ini adalah sambungan kepada penulisan saya yang lepas. Jikalau ada yang terlepas daripada membacanya, bolehlah klik pada link disini

……………………………………………………………………………………………………………………………

 

“Ya Allah…besarnya tikus.”

Tak sangka baru keluar sekejap mengambil biskut buat mengisi perut yang kosong, sudah ada dua ekor tikus tercangak dihadapan laptop saya. Gempal pula tu. Seolah-olah manusia overweight yang diabetik. Tapi yang peliknya tikus-tikus ini bukan tikus sebarangan. Gaya mereka seolah-olah mereka sedang membaca apa yang terpapar dihadapan skrin laptop saya. Ya, tikus-tikus tersebut sedang membaca.

“Er.” Saya cuba menyapa.

“Argh. Manusia!” Tiba-tiba salah seekor tikus tersebut menjerit. Pelik. Ia mampu berbicara pula dalam bahasa manusia.

“Lari Obob. Lari…” Tikus yang bersaiz lebih kecil tu bersuara lagi mengajak rakannya menyelamatkan diri. Tapi rakannya, yakni si tikus juga, tidak berganjak walaupun sedikit. Mungkin kerana terlalu takut sehingga menyebabkan ototnya kakinya longlai tidak mampu bergerak.

Sekali lagi perkara pelik berlaku, tikus yang ketakutan itu menadah tangannya ke udara seperti orang sedang berdoa… seolah-olah memohon diselamatkan tuhan daripada sebarang malapetaka.

MasyaAllah…Tikus-tikus ini memang bukan sebarang tikus.

………………………………………………………………………………………………………………………………………………

“Nama saya Obob dan ini kawan saya Dubdub.” Bicara sang tikus yang tergempal sekali sambil menguyah biskut yang saya bawa. Keadaan nampaknya sudah kembali menjadi tenang. Jika sebentar tadi saya dilihat sebagai ancaman kini saya dirapati pula sebagai kawan. Saya pun mula menyukai mereka. Apatah lagi apabila mereka mempunyai kebolehan untuk berkomunikasi dalam bahasa manusia. Ajaib!

“Owh, Obob dan Dubdub. Comel nama itu. Siapa yang bagi?”

“Entahlah…kitorang dapat nama itu daripada saintis.”

“Saintis? Korang ni tikus makmal ke?”

“Yup. Kitorang nih tikus yang lari dari makmal. Tak tahan la…er.”

“Jukep.”

“Owh, tak tahan la jukep dengan kehidupan disana. Waktu pagi kitorang diberi suntikan pelbagai jenis. Petangnya pula darah kitorang kena ambil untuk dikaji. Proses yang sama berulang-ulang setiap hari. ‘Tension’ betul. Nasib baik pada satu hari tu diorang lupa nak kunci sangkar kami baik-baik. Apalagi, saya dan Dubdub pun larilah.”

“Tau-tau je lama-lama kitorang dah jadi gemuk macam ni.” Sambung Dubdub pula. Obob yang duduk disebelahnya hanya mengangguk tanda setuju. Saya hanya tersenyum.

“Tapi, bukan pengorbanan korang semua tu membantu ke. Maksud aku, hasil daripada kesudian korang untuk dikaji-lah manusia pada hari ini menemui penawar yang tepat bagi setiap penyakit.”

“Itu kitorang tau, Jukep. Tapi kan, kitorang pun ada nyawa dan keinginan. Kitorang pun nak juga merasa kehidupan kat dunia ni sebagai makhluk yang bebas.” Obob cuba berhujah mempertahankan haknya untuk menikmati hidup ini sebagai makhluk tuhan. Kepalanya ditundukkan.

“Tapi…” Saya terhenti. Tidak mampu untuk meneruskan perbualan kerana rasa simpati mula meresap ke dalam diri.

Tak jadi saya untuk sambung belajar pada malam itu walaupun esoknya masih lagi ada satu kertas peperiksaan yang perlu dihadapi. Rasa hiba pula mendengar keluh kesah sang tikus-tikus ini. Ya lah kan, peluang untuk hidup ini hanya sekali.

Tidak dapat saya gambarkan betapa ruginya hidup macam mereka dimana setiap masa hanya dibazirkan di dalam sangkar dan rutin yang sama diulang-ulang setiap hari sehingga menemui ajal.

Tapi, nak buat macamana. Manusia begitu dahagakan ilmu pada hari ini. Setiap hari, ada-ada sahaja idea baru yang dikemukakan. Idea-idea baru ini dambakan pembuktian dan selalunya haiwan-haiwan seperti tikus ini yang menjadi mangsa dalam bereksperimentasi dengan idea-idea ini.

Dalam erti kata lain, nyawa mereka dipertaruhkan untuk kelangsungan sebuah idea.

“Oh ya jukep. Kami rasa peliklah. Kenapa awak tulist cerita ada nama kami.” Dubdub tiba-tiba bertanyakan saya satu soalan. Obob mengalihkan pandangannya kearah saya.

“Maksud korang kat dalam skrin laptop tu ke?”

“Yup.” Mereka menjawab serentak.

“Oh, cerita tu. Tapi, cerita yang aku tulis tu cuma cerita rekaan. Maksud aku, watak yang terdapat dalam cerita tersebut sepatutnya tidak wujud. Tapi…”

“Kami wujud.” Obob menyambung perkataan saya.

“Hurm…itulah” Saya menggaru kepala. 

Kusut, kusust. Pening betul saya pada malam itu memikirkan kejadian-kejadian pelik yang telah berlaku. Apa-apa hal pun, Obob dan Dubdub sekarang, secara rasminya, telah menjadi teman baru saya.

 

 

Obob dan Dubdub

Dari retak rekahan kecil di dinding putih tingkat dua sebuah rumah, dua kepala kecil terjulur keluar memerhatikan dunia luar.

“Obob kau sedang tengok ape?” satu daripada kepala tersebut mula berbisik.

“Aku sedang memerhatikan tuan rumah inilah Dubdub.” Balas kepala yang satu lagi.

Ya. Dua kepala kecil itu ialah kepala dua ekor tikus. Tikus yang besar bernama Obob manakala yang kecil ialah Dubdub. Kedua-dua ekor tikus ini adalah tikus diabetik. Tetapi, mereka gempal bukan atas kehendak diri sendiri tetapi hasil buatan para saintis yang gilakan ilmu dan ‘pencerahan’. Boleh dikatakan tikus-tikus ini ialah tikus mutan yang berjaya melarikan diri daripada makmal ujian. Kebebasan yang diperoleh seterusnya digunakan untuk mengembara dan merantau dunia ini. Tidak pasti apakah matlamat mereka tetapi, ribuan persoalan pasti menanti jawapan untuk diselesaikan.

“Dia sedang buat apa.” tanya Dubdub. Kebuntuan.

“Aku tak tahulah, macam menaip sesuatu. Mungkin sedang studi kot. Aku dengar tuan rumah ini sedang exam. Pagi tadi, baru sahaja selesai kertas Mechanism of Disease.”

“Wah, hebat kau Obob. Mana kau tahu semua ini.”

“Hai, kata tikus makmal. Mestilah tahu cara nak dapatkan maklumat.”

“Hai. Riak nampak.”

“ISk kau ni. Tahu lebih sikit pun salah. Eh, tuan rumah macam sedang pergi ambil sesuatulah. Jom kita pergi tengok apa yang dia sedang tulis.”

“Mari!”

Kedua-dua ekor tikus ini memberanikan diri keluar dari persembunyian mereka di dalam rekah yang kecil itu. Obob mendahului Dubdub yang setia mengikutinya dari belakang. Mereka memanjat kaki meja sebelum sampai dihadapan laptop milik si tuan rumah.

“Eh, apasal macam pelik jer aku tengok tuan rumah ini tulis”

“Dia tulis apa, Obob.”

“Ni ha, cuba kau tengok.”

Dubdub mengambil beberapa langkah kehadapan. Matanya dirapatkan ke skrin komputer cuba untuk membaca apa yang tertera disitu. Namun, setelah beberapa baris membacanya, Dubdub terkejut. Dia tidak mempercayai apa yang tertulis di skrin laptop:

“……………Dari retak rekahan kecil di dinding putih tingkat dua sebuah rumah, dua kepala kecil terjulur keluar memerhatikan dunia luar.

“Obob kau sedang tengok ape?” satu daripada kepala tersebut mula berbisik.

“Aku sedang memerhatikan tuan rumah inilah Dubdub.” Balas kepala yang satu lagi…………….….

“Aku pun rasa peliklah Obob.” Ujar Dubdub.

Obob hanya berdiri kaku tidak mampu berbuat apa-apa.