JUk’s

There are 2 types of person. The giver and the taker. Of course the taker will have good meals but the giver gets better sleep.

Archive for August, 2008


Kampung Serampang Sauh…

( entri ini saya bawakan sekali lagu temanya, khas)

Satu hari di sebuah kampung bernama Kampung Serampang Sauh…

“Semua sekali RM6.00.” Ujar Apek dengan loghat Tionghuanya
yang pekat.

“Amboi, mahalnya. Bukan dulu satu RM2.00, ke?” Razak
terkejut. Tak sangka harga Cornetto biasa di Kedai Apek boleh naik begitu
tinggi.

“Itu dulu, ma. Sikalang harga sulah naik. Semua barang harga
sudah naik. Lu olang pun mau puasa kan minggu depan. Kalau jual mulah rugi
saya, ma.” Apek cuba berdolak-dalih. Juga dalam loghat Tionghuanya. Yang pekat.

“Okayla…okayla. Saya bagi RM6.00” Razak mengalah. Tak
kuasa ingin berhujah dengan Apek. Dia tahu dia akan kalah dengan kemahiran
kapitalisme Apek. Tidak banyak orang boleh bertolak ansur ketika keadaan gawat
kini yang semakin mencengkam.

Dompetnya diseluk, diraba. Sekeping not hijau dan satu wang
syiling berwarna emas dikeluarkan dan diberi kepada Apek. Sambil tersenyum,
Apek menghulurkan tangannya meyambut rezeki yang melintas.

“Terima kasih”

“Sama-sama”

“Nah, dik. Aiskrim.”

“Err…adik minta maaf bang. Adik ingat harga sama macam
dulu. Adik tak bermaksud nak…” Mahathir, adik Razak merasa serba salah
menjerat  abangnya dengan muka manja.

“Eh, takpe…takpe. Abang lagipun dah lama tak belanja adik.
Takpe, makan je aiskrim tuh.” Razak cuba memujuk adiknya yang baru sahaja masuk
tahun satu di sebuah sekolah berdekatan dengan rumah mereka, Sekolah Kebangsaan
Leftenan Adnan. Mahathir hanya mengangguk.

“Dah, jom balik.” Razak mengajak Mahathir pulang lantas memimpinnya
untuk melintasi sebuah jalan yang dibina sendiri oleh penduduk kampung. Jalan
itu diberikan nama Jalan Ikhtiar Merdeka. Ikhtiar kerana ia dibina atas inisiatif
penduduk kampung sendiri dan Merdeka kerana penduduk kampung ingin bebas
daripada ilusi yang dijanjikan oleh seorang ‘datuk’. Dan juga mereka yang hanya
berhajatkan gelaran tersebut.

Selalunya Razak akan memandang kiri dan kanan beberapa kali sebelum
melintasi jalan yang terletak di depan Kedai Apek itu. Tetapi, sejak
akhir-akhir ini dia hanya perlu melakukannya sekali kerana tidak banyak
kenderaan berada di atas jalanraya.

“ Lagipun lepas ni abang dah tak payah belanja adik dah.”

“Haaa…kenapa?” Mahathir bertanya dengan sedikit nada
kecewa.

“Sebab minggu kan depan puasa.”

“Oooo…Alamak. kalau macam itu, adik tak boleh makan waktu
siang kan, bang?”

“Yup”

“Tapi, kalau macam tu, lapar la adik nanti bang. ” ujar
Mahathir sambil lidahnya ligat menjilat bahagian tepi aiskrim cornettonya.

“Yup. Ala kejap jer…tapi puasa bukan setakat menahan lapar
dahaga saja tau. Ia lebih daripada itu…”

Mahathir terus menjilat bahagian tepi aiskrim Cornettonya
dengan sedikit gelojoh. Beberapa bekas aiskrim mencomoti sedikit tepi bibrnya.

“Akhlak pun kena jaga tau. Kita kena banyak bersabar dan tak
boleh marah-marah orang.”

“Orang kecik je ke yang kena jaga akhlak, bang?”

“Tak orang besar pun sama.”

“Tapi, hari tu adik tengok ada orang besar marah-marah kat
masjid.”

“Ye ke? Sapa, dik.”

“Adik tak kenal tapi adik pelik sebab orang lain yang dengar
semuanya gelak bila orang yang marah-marah tu sebut ‘liwat’ dan ‘coffee boy’.
Apa makna semua perkataan ni, bang?”

“Err…adik nanti berazam nak puasa berapa hari?” Razak cuba
mengalihkan perhatian adiknya. Cuba menepis isu sensitif ini daripada
dibicarakan oleh seseorang yang baginya masih belum cukup umur.

“Erm…30 hari. Adik nak puasa penuh bang. Nanti abang
belanja lagi tau.”

Razak hanya mengukir senyuman

“Alhamdulillah. Macam itulah orang Islam. Sentiasa berada dalam
keadaan berazam untuk melakukan kebaikan. Ada apa-apa perancangan tak untuk
bulan puasa ni?” Razak sedikit lega Mahathir tidak menyedari usahanya cuba
mengubah topik. Mahathir masih lagi khusyuk menikmati aiskrimnya.

“Erm…adik ingat nak kumpul duit la bang.”

“Kumpul duit? Nak beli baju baru ke?”

“Tak, baju tahun lepas kan elok lagi?”

“Habis tu, adik nak buat apa dengan duit tu?”

“Abang ingat tak kereta abah kat bawah pokok tu?”

“Owh… kereta yang tersadai tu. Kenapa?”

“Adik ingat raya tahun ni adik nak pergi beraya kat banyak
rumah. Lepas tu, adik nak campur duit pergi beraya dengan duit belanja sekolah
masa puasa. Lepas tu adik nak kasi kat abah.”

“Aik, kenapa nak kasi kat abah”

“Adik nak kasi kat abah sebab adik nak abah bawak kereta dan
bawak adik jalan-jalan naik kereta. Dah lama adik tak naik kereta dengan abah,
bang.”

Razak terdiam dan terkesima. Terharu dengan sensitiviti
Mahathir walapun masih naif lagi untuk memahami krisis sebenar petrol dunia.
Hatinya sebak…

“Abang tak nak makan aiskrim abang ke? Nak cair tu.”

“Haa…? Owh, adik nak ke? Ambillah.”

“Terima kasih.” Mahathir menyambut pemberian abangnya dengan
wajah yang girang.

Razak tersenyum. Sambil mengusap rambut Mahathir dia terus
memimpin adik kecil kesayangannya pulang ke rumah. Dari jauh, sayup-sayup
kedengaran azan asar berkumandang dari satu-satunya masjid di kampung itu.
Masjid Al-Falah.

Tamat.

P/s: Semoga ramadhan kali ini menjadi bulan tarbiyah kepada
kita dalam mencari erti kemerdekaan sebenar dari perspektif diri sendiri.

Salam Puasa

Salam Ramadhan

Salam Merdeka

Flag2

Harb Salib: Sumber Rujukan

Sumber rujukan…

Berikut adalah sumber bacaan yang saya gunakan sebagai
rujukan dalam menganalisa dan menulis sejarah perang salib…

Buku:

1.) The Crusades: An Illustrated History by
Wayne Bartlett, 2005, Sutton Pub. Ltd., London, 304 pages.

The_crusades_an_illustrated_history

2.) The Crusades: A Very Short Introduction by Christopher Tyerman, 2006, Oxford Univ.
Press, London, 184 pages.

The_crusades_a_very_short_introduction

3.) The Crusades
Through Arab Eyes (Saqi Essentials) by Amin Maalouf, 2001, Saqi Books, London
, 293 pages.

Saqi_essential

4.)The history of Crusades by S.E. Al-Djazairi, 2005, The Institute of Islamic History,
London, 370 pages.

5) Arab historians of the Crusades /
selected and translated from the Arabic sources by Francesco Gabrieli ;
translated from the Italian by E.J. Costello, 1969, Routledge & K.Paul,
London, 362 pages.

Laman web:

1.) http://www.historystudycentre.co.uk.eproxy.ucd.ie/home/home.do
Sebuah laman web UCD yang hanya boleh dicapai oleh pelajarnya. Dari sini saya
dapat akses dan link secara percuma kepada banyak sumber rujukan yang selalunya
kita kena jadi ahli (dan bayar) seperti:

1.) Encyclopedia
of Historians & Historical Writing, 1999, Fitzeroy Dearbon, London
2.) Atlas of Medieval
Europe, 2000, Routlege, London
3.) The Encyclopedia of
World History, Sixth Edition,2001,Houghton Mifflin,Boston
4.) dan banyak lagi sumber
rujukan yang lain seperti jurnal-jurnal dan peta.

2.) http://www.fordham.edu/halsall/sbook1k.html.
Laman web ini mengandungi banyak sumber-sumber primary untuk pengkajian perang
salib seperti teks asal ucapan Pope Urban II, log-log ekspedisi perang salib
serta ‘first-hand account’ mereka yang terlibat dalam sejarah ini.

3) http://www.al-bab.com/arab/history.htm.
Seperti laman web diatas, laman web ini juga banyak mengandungi teks serta
paperwork yang mengkaji bukan sahaja perang salib tetapi sejarah masyarakat
arab dan agama islam itu secara keseluruhannya.

Semoga apa yang saya paparkan disini dapat diambil
manfaatnya oleh kita semua. Selamat mengkaji.

Harb Salib: Apa yang menyebabkannya tercetus?…final part ( 2 of 2 )

Melihat revolusi Buwaihid cuba memperkenalkan pengaruh
syiah di dalam dominan Empayar Abassiyyah, khalifah Abassiyyah seterusnya yang
bernama Qaim menjemput Tughril Bel datang ke Baghdad untuk membantu baginda
menyekat pengaruh Buwaihid pada tahun 1055.

Tughril
Tughril Bel merupakan pemimpin kepada Bani Seljuk. Bani Seljuk
merupakan satu lagi penambah dalam banyak-banyak golongan islam yang wujud pada
waktu itu. Bani Seljuk pada asalanya ialah kaum nomad yang berasal dari tanah
steppe yang terletak di bahagian Asia Tengah. Mereka berhijrah ke kawasan Iran
dan Iraq pada awal abad ke-11 dan dari situ mula meluaskan kuasa sehingga ke
kawasan Asia Minor ( Turki moden ).

Nama Seljuk diberi bersempena dengan nama seorang ketua yang
memulakan migrasi mereka ke kawasan barat. Akibat pertembungan mereka dengan Empayar
Abassiyyah, mereka mula menerima islam pada tahun 1029 dan mengambil fahaman
sunni.

Setelah membantu
Khalifah Qaim menyingkirkan rampasan kuasa oleh Ibnu Buwaihid pada tahun 1055, Bani Seljuk mula
menumpukan gerakan perluasan kuasa mereka ke arah selatan. Pada tahun 1070
mereka merampas semula Mekah dan Madinah daripada pegangan Empayar Fatimiyyah.

Setahun kemudian, dibawah pimpinan Jeneral Alp Arslan,
mereka memenangi pula peperangan penting menentang Byzantine di Manzikert.
Peperangan di Manzikert merupakan titik tolak dalam peningkatan mendadak Bani Seljuk
kerana dari situ pengaruh Empayar Byzantine menjadi lemah di Asia Minor dan
membolehkan Bani Seljuk untuk menguasainya dan bertapak dengan lebih kukuh.

Pada zaman keemasannya, Empayar Bani Seljuk merangkumi
keseluruhan kawasan Iraq, Iran, Syria, Turki, Tebing Barat dan juga sebahagian
Semenanjung Arab. Dunia umat islam ketika itu kelihatan seolah-olah menuju ke
arah kestabilan dibawah penguasaan Bani Seljuk ini.

Tetapi, malangnya, 3 tahun sebelum Pope Urban II
mengisytiharkan perang salib, yakni pada tahun 1092, ketua Bani Seljuk yang
paling berpengaruh bernama Nizam Al-Mulk dibunuh oleh salah seorang ahli
gerakan ‘Assassins’. ‘Assassins’
merupakan skuad elit syiah cawangan Naziri yang merupakan pecahan daripada
Syiah  Ismaili yang menjadi teras kepada
fahaman Islam Empayar Fatimiyyah.

Assassins2alamut
Ia dibentuk pada tahun 1090 oleh Hasan bin Sabbah dan
berpangkalan di Kota Alamut yang terletak di pergunungan Erbuz. Nama ‘Assassins’
diberi/digelar bersempena dengan nama ‘Hasan’ sendiri ataupun ‘Hashish’, sejenis dadah
yang dikatakan diambil oleh ahli skuad ini. Modus operandi skuad ini ialah menghakis integriti dan juga mewujudkan suasana tidak stabil dikalangan musuh dengan membunuh tokoh-tokoh terkenal mereka khususnya dikalangan puak Sunni.

Akibat kehilangan seorang ketua yang sangat berpengaruh, Empayar
Bani seljuk menjadi tidak stabil. Sedikit demi sedikit empayarnya mula berpecah
menjadi berdozen-dozen wilayah autonomi.

Setiap wilayah mula diperintah secara
bebas dan berasingan oleh ‘self-proclaimed rulers‘. Mereka digelar
Atabegs kerana semuanya adalah putera-putera yang berketurunan
daripada pengasas Bani Seljuk itu sendiri.

Atabegs ini kembali mengucar-kacirkan dunia islam ketika itu
yang cuba untuk pulih. Mereka sering melancarkan peperangan sesama
sendiri atas alasan masing-masing merasakan diri mereka lebih layak untuk
mengetuai Bani Seljuk.

Akibatnya, ribuan nyawa yang boleh digunakan untuk
melawan musuh yang sebenar melayang. Harapan untuk melihat Islam kembali
gemilang hancur dengan perpecahan baru yang tercetus ini.

………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Sedar akan keadaan semasa umat islam ketika itu yang
porak-poranda serta ingin membalas atas kekalahan memalukan Kerajaan Byzantine
di Manzikert, Maharaja Alexius Commenus merasakan perlunya untuk melibatkan
empayar kristian barat dalam konflik antara agama ini bagi meneutralkan
sebarang ancaman yang dirasakan boleh hadir daripada pergolakan umat Islam.
Untuk itu, beliau menghubungi Pope Urban II di Vatican pada tahun 1095 dengan
menghantar seorang utusan.

Pope Urban II tidak mengambil masa yang lama untuk membuat
keputusan kerana 3 bulan setelah mendengar hasrat Alexius, beliau lantas melaksanakan
apa yang ada dibawah kekuasaannya. Mengisytiharkan Perang Salib pada tahun 1095
dan seterusnya mengumpulkan bala tentera untuk dihantar ke timur tengah. Maka,
pada penghujung tahun 1096, lebih kurang 60,000 tentera salib berjaya dikerahkan dan seterusnya
bergerak ke timur tengah.

Walaupun cukup mengetahui akan berita kedatangan tentera
salib ke kawasan mereka, umat islam khususnya di sekitar Constantinople masih
lagi sibuk berbalah sesama sendiri.

Sebenarnya, jikalau umat islam boleh bersatu pada saat-saat genting ini,
mereka mungkin tidak perlu untuk menunggu kemunculan Salahuddin Al-Ayubbi
(1187) untuk mengembalikan maruah islam pada tempatnya. Mereka mampu untuk membanteras
kemaraan tentera salib seawal tahun 1098 lagi di Antioch  ( Antakiyyah moden, Turki ).

Antioch_defenses
Antioch merupakan sebuah kota milik Empayar Bani Seljuk yang
terletak di kawasan timur tebing sungai Orantes dan terletak diantara Palestin
dan Turki. Kotanya terbina diatas bukit yang tinggi serta mempunyai sistem
pertahanan yang kukuh serta sukar ditembusi.

Ia dikelilingi oleh kubu
sepanjang 6 kilometer, setinggi setinggi 20 meter dan dibarisi pula oleh 400 menara pertahanan. Bagi mereka
yang sampai dari arah barat, kota ini harus ditawan terlebih jika bercita-cita
untuk meneruskan perjalanan ke Jerusalem, Palestin.

2 tahun selepas Pope Urban II mengisytiharkan perang salib, rombongan
tentera salib yang diketuai oleh Godfrey of Boiullion sampai di hadapan pintu kota Antioch
pada Oktober 1097 dan mula mengepungnya.

Ketika dalam proses pengepungan, beberapa
siri serangan dilancarkan keatas Antioch namun gagal disebabkan oleh faktor geografi
dan juga sistem pertahanannya yang kebal. Akhirnya, akibat kepenatan dan
kehilangan banyak tentera, tentera salib menghentikan serangan dan lebih
menumpukan kepada usaha kepungan sahaja.

Melihat   musuh mengubah taktik serta kelihatan hilang semangat, Yaghi-siyan, penjaga kota Antioch, melihat ini satu peluang yang
terbaik untuk meleraikan pengepungan keatas Antioch dan menghapuskan tentera
salib tersebut sekaligus. Beliau lalu menghantar utusan kepada Duqaq, atabeg
Damascus dan Ridhwan, atabeg Aleppo pada April 1098 untuk memohon bantuan.

Walaupun kedua-duanya pada asalnya bersetuju untuk membantu tetapi, di
pertengahan jalan mereka berbalah pula mengenai hasil rampasan perang yang akan
diperoleh sekiranya kepungan tentera salib nanti berjaya dileraikan.

Tidak
berpuashati dengan agihan yang dijanjikan, Ridhwan bertindak berpatah balik ke
Aleppo meninggalkan Duqaq untuk menghadapi musuh secara berseorangan. Sampai
sahaja di Antioch, tentera Duqaq berjaya dikalahkan oleh tentera salib dalam
satu tentangan yang amat sengit. Antioch kekal dibawah kepungan tentera salib.

Ketika mengepung Antioch, tentera salib bukan sahaja
mengawal jalan keluar masuk ke kota Antioch malah mengahalang sebarang bekalan
samada makanan mahupun perubatan daripada sampai ke dalam kota. Kesannya, lama
kelamaan penduduk Antioch mula mengalami kebuluran kerana kekurangan bekalan makanan.Taraf kesihatan penduduk pun makin meruncing.

Akhirnya, berpunca daripada situasi yang terdesak, seorang penduduk berketurunan kristian Armenia, Firuz, bertindak
membuka pintu kota pada waktu malam dan memberi laluan kepada tentera salib untuk menceroboh masuk. Keesokan paginya, pada 2 june 1098 kota Antioch
bermandikan darah merah dimana 10,000 penduduknya disembelih secara beramai-ramai.

Setelah Antioch bermandikan darah, tentera salib tidak
berhenti di situ. Sebaliknya, mereka kembali berbincang dan mengatur strategi untuk mencapai objektif utama mereka. Menawan Jerusalem.

………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Sekali lihat mungkin ada sebahagian yang merasakan tidak
adil untuk saya katakan bahawa umat islam harus dipersalahkan dalam mencetuskan
perang salib. Bagi saya, itu betul.

Sebagai mangsa kadangkala kelihatan kasar
juga untuk meletakkan umat islam dalam kedudukan sedemikian rupa. Tetapi, saya tidak
bermaksud mencemuh ataupun memburukkan umat islam dalam konteks ini.

Hasrat saya dalam menceritakan sejarah
hitam umat adalah ini untuk kita menyedari bahawa terdapat satu hakikat yang kita sering
‘buat-buat’ lupa. Hakikat bahawa kita sering dan sedang mengulangi
fi’il-fi’il dan kesilapan umat terdahulu.

Palestinterrorists24
Kita tahu bahawa untuk selamat kita harus bersatu dan yakin perpecahan boleh menjerumuskan kita ke kancah kehancuran. Tetapi, sejauh mana konsep perpaduan ini kita amalkan? Atau adakah ia tidak lebih daripada menjadi buah mulut semata-mata?

Sebahagian negara-negara umat islam masih lagi  ditindas tidak terbela. Tanah-tanah terus
dijajah manakala penduduknya dizalimi dengan sesuka hati. Saya khuatir ,malah,
tidak mustahil satu hari nanti nasib yang dialami oleh penduduk Antioch dan
juga Jerusalem bakal berulang dan dirasai oleh kita semua.

Wahai Ummat…apakah tidak cukup dengan yang sebelum ini?

Harb Salib: Apa yang menyebabkannya tercetus?…final part ( 1 of 2 )

Faktor ke-3: Bahana Perpecahan Umat Islam

Dalam dua siri sebelum ini, saya telah menilai dua faktor
yang membawa kepada tercetusnya perang salib. Namun begitu, kedua-dua faktor
tersebut hanya berlatarbelakangkan senario sosial dan politik masyarakat barat
eropah ketika itu. Untuk menjadikan sejarah perang salib sebagai sesuatu yang
hidup dan bukannya sejarah cetakan buku teks semata-mata adalah penting juga untuk
kita mengkaji penglibatan masyarakat muslim didalamnya.

Mudah-mudahan dengan
berbuat demikian, sedikit sebanyak kita boleh pelajari sesuatu daripada
peristiwa ini dan mengambil sikap untuk tidak mahu ianya berulang lagi.

Banyak kawasan serta kajian yang boleh dibuat mengenai
penglibatan umat islam dalam peristiwa berdarah ini. Namun begitu, saya hanya
cenderung untuk memfokuskan penulisan dibawah kepada satu ruang lingkup sahaja
iaitu menceritakan suasana perpecahan didalam dunia islam yang merupakan kunci utama
dalam memotivasikan masyarakat barat eropah ketika itu untuk datang menjajah
Palestin di bawah slogan: Deus Vult!!! (God Wills It)

………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Perpecahan merupakan anti-tesis kepada tuntutan islam yang
paling fundamental iaitu perpaduan. Allah S.W.T cukup tegas dalam perkara ini
sehingga memberi amaran terhadap kita yang meremehkan isu perpaduan ( Al-Imran:
112 ).

Haj_1
Namun begitu, konsep perpaduan dalam islam jikalau ingin disandarkan
kepada praktikaliti umatnya dilihat seperti satu ilusi yang bersifat utopia. Ia
cukup hebat dilaungkan berulang-ulang sebagai retorika pemanis bicara tetapi,
ibarat menyiram air ke daun keladi, maknanya masih lagi gagal diselami oleh
masyarakat muslim seluruhnya. Cukup sahaja kita melihat sejarah diri sendiri
untuk membuktikan pernyataan tersebut.

Perpecahan dalam formasi tempur ketika perang uhud merupakan
satu bukti yang jelas di zaman Baginda S.A.W sendiri manakala kegagalan untuk
membentuk sebuah entiti yang kuat bagi mengangkat penindasan yang dialami warga
Palestin merupakan satu contoh kontemporari dalam memvisualkan kegagalan konsep
ini untuk dihayati oleh umat islam.

Kedua-dua contoh ini juga menunjukkan
bahawa perpecahan boleh berlaku sekiranya harta dan kekuasaan lebih diutamakan
dalam kehidupan. Begitu juga dengan perselisahan dalam perkara furu’ secara
berlebihan. Ia seolah-olah bara dalam sekam yang bahayanya kelihatan kecil pada
mulanya tetapi mampu membawa kemusnahan yang dahsyat jika dibiarkan.

Jerusalem
Begitu juga dengan peristiwa perang salib. Umat islam sendiri
harus dipertanggungjawabkan. Cukuplah kita meradang dengan George Bush serta
sekutu-sekutu mereka di barat ataupun Pope ataupun agama kristian itu sendiri
sekiranya mendengar isu-isu ataupun kemusnahan yang dibawa oleh Perang Salib
ditimbulkan.

Tiba masanya untuk kita mengkaji pula Perang Salib itu dari sudut
kesilapan yang telah dilakukan oleh kita pula. Mudah-mudahan dengan berbuat
demikian, sejarah Perang Salib boleh dijadikan platform dalam mendidik kita
untuk menilai tindakan-tindakan sesama kita yang boleh membantutkan peradaban
agama Allah ini.

Tetapi, persoalannya bagaimana…? Marilah bersama-sama kita
meniliti sejarah yang akan dibentangkan nanti.

………………………………………………………………………………………………………………………………………………

345 tahun sebelum Pope Urban II mengisytiharkan perang salib, dunia islam menyaksikan kewujudan dua daulah khilafah. Satu kekhalifahan Abassiyyah
(750-1258) yang berpusat di Baghdad manakala satu lagi Kekhalifahan Al-Andalus
(711- 1492) yang merupakan sisa kekhalifahan Umayyah dan berpusat di Granada,
selatan sepanyol.

Kewujudan dua kekhalifahan pada satu masa yang sama bukanlah
sesuatu yang ideal dalam dunia Islam. Ia hanya menjemput perasaan cemburu yang
boleh bertukar menjadi benci dan seterusnya permusuhan. Sejarah menyaksikan, dalam
tempoh ini juga, dimana umat islam sendiri menjemput musuh-musuh mereka untuk
membantu mencapai maqasid individualistik mereka dalam menentang sesama sendiri.

Sebagai contoh, pada tahun 778 masihi, permulaan kempen ‘counter-offensive yang dilancarkan oleh
Maharaja Charlemagne dalam mengusir umat islam dari Sepanyol banyak dibantu
oleh gabenor-gabenor pro-abassiyyah seperti Al-Arabi yang merupakan gabenor
Zaragossa.

Spain11501275

Hasilnya, pada tahun 800 yakni 250 tahun sebelum Pope Urban
II mengisytiharkan perang salib, kempen Charlemagne berjaya merampas semula
Barcelona daripada umat islam. Kejayaan ini begitu signifikan sekali kerana
kedudukan Barcelona yang begitu strategik menjadikannya lokasi yang terbaik
sebagai pusat untuk gerakan Reconquista
( Reconquer ).

Reconquista (790-1492 ) ialah siri gerakan kristianisasi yang
diikuti oleh peperangan yang dilancarkan oleh pemerintah kristian Sepanyol
untuk mengambil alih semula Semenanjung Iberia daripada tangan orang Islam.

Walaupun dari satu segi, kerjasama dengan pihak kristian berjaya
mengurangkan pengaruh Empayar Umayyah dan memastikan dominasi khalifah di
Baghdad, secara keseluruhan, ia hanya menjanjikan kesan yang lebih buruk kepada
umat islam pada masa hadapan.

Kejayaan saudara-saudara mereka di Sepanyol hanya
menjadi pemangkin kepada moral masyarakat kristian barat di kawasan lain bahawa
umat Islam mampu ditewaskan di mana-mana sahaja. Malah, ia juga menjadi sumber
inspirasi dan juga strategi dalam membantu dalam melakar sejarah perang salib
pada masa hadapan. Secara umumnya, Empayar Abassiyyah sebenarnya telah melakukan
kesilapan yang agak besar.

Tetapi, sebelum itu yakni 185 tahun sebelum Pope Urban II
mengisytiharkan perang salib, onar di dalam semak kekalutan dunia islam
ditambah lagi dengan kemunculan sebuah kerajaan syiah yang dikenali sebagai Empayar
Fatimiyyah.

Fatimids
Penubuhannya adalah berdasarkan fikrah bahawa tampuk pemerintahan umat
Islam harus dipegang oleh keturunan ahlul-bait. Untuk itu, Ubaidillah bin
Al-Hussein atas lobi seorang ulama Syiah, Abdullah As-Shi’i mengisytiharkan
dirinya berketurunan Fatimah lalu menubuhkan dinasti syiah ini pada tahun 909 di
Ifriqa’ ( Tunisia Moden ).

Bermula dari situ Empayar Fatimiyyah mula mengasak, berkembang
dan memperluaskan pengaruhnya. Beberapa siri penaklukan dilakukan sehingga
seluruh seluruh Afrika Utara berjaya ditawan daripada genggaman Umayyah dalam
masa 40 tahun.

Khalifah Jawhar pula berjaya menawan Sicily pada tahun 959
manakala Khalifah Muizz pula mudah menakluk Kaherah daripada tangan Abassiyyah
pada tahun 969 sekaligus menjadikannya ibu kota terbaru empayar ini. Malah, Mekah
dan Madinah juga pernah berada di bawah kekuasaan empayar ini dari tahun 965
sehingga 1070.

Klimaks kepada konfontasi Syiah dan Sunni pada Zaman
Pertengahan dapat dilihat pada kejayaan Ahmed bin Buwaihid yang merupakan ketua
kepada kerajaan kecil Syiah di Syria memasuki Baghdad pada tahun 945. Usaha ini
mendapat sokongan daripada Empayar Fatimiyyah.

Tetapi, untuk mengelakkan
pemberontakan, Ahmed mengekalkan Khalifah pada masa itu, Khalifah Mustakhil, di atas
takhtanya tetapi menjadikan baginda tidak lebih daripada seorang boneka dalam
melaksanakan agendanya. Malah beliau memaksa Khalifah Mustakhil untuk
memperakui dirinya sebagai Muizz al-Dawlahatau Dia Yang Menjadikan Negara
Berkuasa. Tertekan, si Khalifah ketika itu hanya mampu menurut.

Bersambung…

Tinta Soloist Clonskeagh (5)

ANAK PICCADILLY

<!–
/* Font Definitions */
@font-face
{font-family:"Cambria Math";
panose-1:2 4 5 3 5 4 6 3 2 4;
mso-font-charset:1;
mso-generic-font-family:roman;
mso-font-format:other;
mso-font-pitch:variable;
mso-font-signature:0 0 0 0 0 0;}
@font-face
{font-family:Calibri;
panose-1:2 15 5 2 2 2 4 3 2 4;
mso-font-charset:0;
mso-generic-font-family:swiss;
mso-font-pitch:variable;
mso-font-signature:-1610611985 1073750139 0 0 159 0;}
/* Style Definitions */
p.MsoNormal, li.MsoNormal, div.MsoNormal
{mso-style-unhide:no;
mso-style-qformat:yes;
mso-style-parent:"";
margin-top:0cm;
margin-right:0cm;
margin-bottom:10.0pt;
margin-left:0cm;
line-height:115%;
mso-pagination:widow-orphan;
font-size:11.0pt;
font-family:"Calibri","sans-serif";
mso-ascii-font-family:Calibri;
mso-ascii-theme-font:minor-latin;
mso-fareast-font-family:Calibri;
mso-fareast-theme-font:minor-latin;
mso-hansi-font-family:Calibri;
mso-hansi-theme-font:minor-latin;
mso-bidi-font-family:"Times New Roman";
mso-bidi-theme-font:minor-bidi;
mso-fareast-language:EN-US;}
p.MsoNoSpacing, li.MsoNoSpacing, div.MsoNoSpacing
{mso-style-priority:1;
mso-style-unhide:no;
mso-style-qformat:yes;
mso-style-parent:"";
margin:0cm;
margin-bottom:.0001pt;
mso-pagination:widow-orphan;
font-size:11.0pt;
font-family:"Calibri","sans-serif";
mso-ascii-font-family:Calibri;
mso-ascii-theme-font:minor-latin;
mso-fareast-font-family:Calibri;
mso-fareast-theme-font:minor-latin;
mso-hansi-font-family:Calibri;
mso-hansi-theme-font:minor-latin;
mso-bidi-font-family:"Times New Roman";
mso-bidi-theme-font:minor-bidi;
mso-fareast-language:EN-US;}
.MsoChpDefault
{mso-style-type:export-only;
mso-default-props:yes;
mso-ascii-font-family:Calibri;
mso-ascii-theme-font:minor-latin;
mso-fareast-font-family:Calibri;
mso-fareast-theme-font:minor-latin;
mso-hansi-font-family:Calibri;
mso-hansi-theme-font:minor-latin;
mso-bidi-font-family:"Times New Roman";
mso-bidi-theme-font:minor-bidi;
mso-fareast-language:EN-US;}
.MsoPapDefault
{mso-style-type:export-only;
margin-bottom:10.0pt;
line-height:115%;}
@page Section1
{size:595.3pt 841.9pt;
margin:72.0pt 72.0pt 72.0pt 72.0pt;
mso-header-margin:35.4pt;
mso-footer-margin:35.4pt;
mso-paper-source:0;}
div.Section1
{page:Section1;}
–>

Sepatutnya saya sambung siri perang salib bahagian yang
ketiga…tetapi, letih. Program di Walsall semalam dan dua hari lepas menyerap saki baki tenaga dan
konsentrasi yang ada untuk menyentuh isu yang paling sensitif dalam siri ini…
isu yang menuding ke batang hidung sendiri.

Sementara mengumpul balik semangat yang ada…apa kata kita
dengar dulu ungkapan yang menyemadikan ketulusan niat seorang anak Piccadilly.
Ya, seorang  anak Piccadilly yang saya ketemu ketika berada dalam tren berjaulah ke
UK…

2044270741_98fbaf01ab_1

ANAK PICCADILLY

Di dalam tren kami bersua

Saya duduk dia berdiri

Mengendong beg yang sarat berisi

Jelas terseksa sepasang kaki

 

Saya tanya mahu kemana

Dia cakap mahu tumpang

Berkat murabbi

Di sebuah halaqah rohani

 

Saya rasa kasihan

Dia kata tak apa

Saya kata kagum

Dia hanya senyum

 

“Usaha saya kecil”

Katanya

 

Saya tergamam

Ego menjunam

Ingatkan diri lebih mulia

Hakikatnya lagi hina

 

Kagum sangat. Semoga semangat anak Piccadilly terus menghantui saya
dan mereka yang membaca ini dalam melaksanakan amal islami…Salam.