JUk’s

There are 2 types of person. The giver and the taker. Of course the taker will have good meals but the giver gets better sleep.

Archive for April, 2008


EXAM OH EXAM…………………..

Guygrabbinghead

Buku-buku berselerak diatas meja. Nota-nota kuliah berterabur lari daripada susunan asalnya. Jadual peperiksaan menggantikan jadual kuliah yang dahulunya menghuni ruang kosong di bucu almari. Kawannya, si jadual ‘study’ bertenggek di sebelahnya sebagai peneman dan juga sebagai ‘reminder’ kepada si tuan pembuat jadual agar bersistematik dalam menguruskan waktu untuk belajar di saat-saat genting ini.

Tarikh-tarikh di kalendar di pangkahkan besar-besar agar jelas kelihatan kuantiti masa yang sudah hilang. ‘Exam’ sudah semakin dekat begitu juga dengan cuti musim panas. Gundah bercampur dengan girang. Gelojak kedua-dua perasaan mula berkecamuk. Mengelirukan.

Exam oh exam. Kenapa mesti wujudnya ‘exam’? Apakah rasionalnya ‘exam’? Dunia ini memerlukan ‘exam’ kah? Kenapa para akademik begitu taksub dengan istilah puaka ini sehingga terasa tersiksa pelajar-pelajar dibuatnya. Kesian mereka. Terpaksa mengharungi musim ‘exam’ seolah-olah mengharungi musim satu wabak penyakit. Ia datang dan pergi membawa segala macam jenis sindrom. Bagi mereka yang tidak tahan, lemah imun psikologinya, sindrom ‘stress’ dan kemurungan akan menghinggap seolah-olah taun yang merencam sistem pencernaan.

Malangnya, wabak ini wabak bermusim.Selagi berstatus sebagai seorang pelajar jangan harap ingin lari daripadanya. Kitaran ‘exam’ sentiasa berulang.‘Exam’ datang dan pergi tetapi perginya pasti kembali.

Oh tuhan, apakah ada ubat! Apakah ada vaksin yang mampu mempertahankan diri ini daripada wabak yang menakutkan ini?
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Apabila datang musim ‘exam’ maka bermulalah wabak ini. Wabak ini begitu dahsyat. Semua pelajar pasti dijangkitinya. Semua pelajar pasti jatuh ‘sakit’. Ketika inilah ramai yang akan mula mencari Tuan ‘Doktor’. Ramai akan mencuri segala ruang yang ada untu berbicara kepada-Nya merayu agar dihulurkan bantuan dan dipermudahkan ujian. Tuan ‘Doktor’ memang sudah lali dengan keterbiasaan ini. Keterbiasaan dimana diri-Nya hanya diseru ketika musibah mendatang.

Namun demikian, rayuan bantuan yang dipinta secara ikhlas dan sopan pasti disambut baik oleh Tuan ‘Doktor’. Amat jarang sekali untuk Dia menolaknya. Tetapi, Tuan ‘Doktor’ tidak menghulurkan ubat seperti yang dipinta secara magik. Wujud dengan sekali hembusan mahupun mencul, entah dari mana, di telapak tangan secara tiba-tiba. Apatah lagi untuk melihat-Nya adalah sesuatu yang mustahil. Oleh sebab itu, ramai yang akan rasa kecewa. Tidak kurang juga ada yang rasa was-was, diracuni keraguan.

Walaupun begitu, usahlah kita kecewa, usahlah kita putus asa. Firman-Nya sahaja sebenarnya sudah cukup untuk melemahkan vektor jahat yang dibawa oleh wabak ‘exam’ ini. Percuma tanpa sebarang bayaran:

“Dan apa saja nikmat yang ada pada kamu, maka dari Allah-lah (datangnya), dan bila kamu ditimpa oleh kemudharatan, maka hanya kepada-Nya-lah kamu meminta pertolongan.”
(An-Nahl: 53)

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”
(Al-Baqarah: 186)

Kata-kata yang diberi bakal menyembuhkan dengan keizinan-Nya. Namun, tidak memadai sekiranya kata-kata-Nya diambil secara bulat-bulat sebagai penawar. Ubat tidak boleh menyembuhkan tanpa ada usaha. Usaha mesti datang dari pesakit itu sendiri bagi melengkapi terapi yang dimintanya.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

‘Exam’ itu satu wabak dan wabaknya bermusim. Musimnya tetap dan datangnya dapat dijangka. Oleh sebab itu, ada sahaja masa untuk kita bersedia. Persediaan mental itu sudah tentu perlu dan persiapan bekalan ilmu untuk menghadapinya itu pastinya wajib. Berilah apa sahaja ubat pun tetapi jika diri sendiri yang menempah bahana, jika diri sendiri yang lalai dan menjerumus kepada kecelakaan tiada siapa mahupun apa yang dapat membantu.

‘Exam’ usah terlalu dirisaukan. Ya, ia memang satu wabak, satu perkara yang menakutkan. Tetapi, di sebaliknya ada manisan Rahmah yang menunggu untuk dihirup oleh mereka yang sabar dan yakin datangnya adalah satu ujian.

‘Exam’ usah terlalu dirisaukan. Walaupun ia sukar, sukarnya ada satu pengajaran. Satu pengajaran bagi mereka yang angkuh dan bongkak agar mereka sedar hakikat sebenar menjadi seorang insan yang perlu kepada tuhan, yang lemah tatkala dihurung musibah.

Hadapilah ‘exam’. Anggapla ia sebagai satu kayu ukur. ‘Exam’ akademik, jadikanlah ia sebagai tanda aras kefahaman kita terhadap sesuatu subjek. ‘Exam’ kenaikan pangkat, jadikanlah ia sebagai indikasi dedikasi kita terhadap sesuatu tugas. Namun, yang paling penting sekali, ‘exam’ takwa. ‘Exam’ terbesar yang graduasinya adalah graduasi segala graduasi. Sijilnya adalah sijil di atas segala sijil. Exam yang mengundang pahit kepada manis fantasi hidup di dunia yang penuh dengan ilusi. ‘Exam’ yang hanya ada dua kemungkinan;

Lulusan syurga ataupun buangan ke neraka.

WORLD CRISIS…

Africa_famine_pe_20060109

I’ve read the news recently about the world is having a crisis in food supply. It says that some part of the world will plunge into famine if no action is taken.The PBB also had stepped up and voiced their concern about this crisis and recently through its Sec. Gen, Mr. Kim, they have urged other countries to help those nations affected most by the crisis which are primarily African countries.

In Malaysia there is no difference. We are also having our own version of food crisis. However, we are not buzzing about whether there is enough food for everyone or not which is a peculiarity in this country, but there is much stirring about whether the price of chicken should be raised up or not. Nevertheless, the issue is still culminating into the reduction of the food supply since the ardent suppliers start to throw a threat on stopping the food production.

From the situations above, I’ve figured out an awkward conclusion:  Food could spell trouble. Although it is very disliking to labelling food as a problem-causing agent, it is hard for me to run from the fact that the availabilty of food in one way or another could affect the world scenario.Why is that? I wonder…

My humble argument begins by looking at food as the critical source for the survival of human being. Our body need food as a fuel to burn and produce energy in which we harvest and use to move around. Without food, there is no energy and life can’t be sustained if the energy supply is cut off as the cell’s physiology is revolved around it. Therefore, maybe scarcity of food can make people desperate as they would when the fate of their survival is put on the line. Killing might become an option if the problem gets out of hand and unfortunately, this thing had happened somewhere in the past and it could repeat itself again.

On the other equation, the reverse is true when the food supply is abundant; you’ll not be killing for food but the food itself could kill you. The reason is easy. With more food mean there is more to be consumed and eating excessively, as I shall point out, is detrimental to our health. It’s no better than committing suicide with the difference being that our life are spared much longer. Bad eating habit, such as eating too much sugar or taking up food that rich in fat and cholesterol, is also a big no . Both could lead to us predisposed of having chonic diseases such as diabetes and artherosclerosis.

I’m not trying to say that food is bad but, I just want to dissect the possibilty of what could happen if we mishandled this issue. I don’t see why the African countries should suffer from food depletion when other countries have more than enough. Because, you see, we can have all the hype about the current state of technology but where are the geniuses that could devise a brilliant plan to help those who are afflicted by famine? I think, what we have to do is simple, the objective of any plan should be channeling the surplus of food to those areas affected by famine. As simplistic as it is said, maybe nothing will change as long as ‘giving the fishing rod’ principle is still preferred.

Although i have to admit that the approach above might sound rather too simplistic and naive, it doesn’t matter. The awareness is my keypoint here. Sometimes, I see that you and I are so busy that we forsake to think about others. How many of us realize that there are still people out there suffering from various causes be it war, famine. politics, etc? Do we ever bother to mess ourselves with this thing?

The ultimate question might be, is it worthy to think about this? My answer is: Yup, it is worth it.

Try to think about it…try to put our feet in their shoes…we might not be able to help them but, by thinking about them and be aware of their problems we could appreciate of becoming what we are now. Human being.

p/s: the true world ‘crisis’ is the one where people froget who they are.

HANTU UCD

Jackolantern_20031031_1

     Baru-baru ini di UCD dimana tempat saya belajar sedang hangat diperkatakan mengenai HANTU UCD. Benarkah ada hantu di UCD sehingga tajuk tersebut menjadi isi perbualan sensasi sejak kebelakangan ini?

     Tetapi, bila saya selidiki semula, rupa-rupanya orang bukan memperkatakan mengenai kewujudan makhluk yang bergelar hantu di UCD tetapi lebih kepada kewujudan sebuah video yang memiliki tajuk yang serupa. Video tersebut ada di youtube dan boleh dilihat di alamat web ini.

http://www.youtube.com/watch?v=O5gE44VumHs

     Bagi sesiapa yang biasa mengunjungi youtube pasti tidak dapat mencari kelainan di antara video ini dengan ribuan video-video lain yang sewaktu dengannya. Iyalah, apa yang menariknya video ini berbanding dengan video yang lain? Nak kata seram, tak juga. Biasa sahaja. Jalan cerita yang dibawa pun lapuk dan setara dengan filem-filem seram melayu yang lain. Klise.

     Namun begitu, menarik tak menarik itu terpulanglah kepada setiap individu untuk menilainya. Tetapi, bagi saya terdapat sedikit keunikan apabila saya menontonnya buat pertama kali.

     Walaupun ia hanyalah semata-mata untuk hiburan tetapi, bagi saya ada sedikit pengajaran yang dapat diperolehi jika bedah siasat video ini dilakukan dengan fikiran yang positif dan kritikal.

     Yang pertama, saya tidak boleh menepis rasa kagum saya terhadap team produksi yang membikin video ini. Bukan sahaja sebab mereka rakan saya tetapi sebab status mereka sebagai budak medik yang rata-ratanya dilabelkan sebagai pelajar paling sibuk di dunia oleh umum.

     Dengan penghasilan video ini, ia dapat membuktikan secara jelas yang pelajar perubatan tidak layak untuk memegang status pelajar status paling sibuk di dunia. Janganlah dibiarkan keperluan untuk studi melampaui keperluan kita untuk mengasah kebolehan yang kita ada ataupun mungkin ada dalam bidang yang lain.

     Bukanlah saya ingin menyeru semua pelajar perubatan untuk menghasilkan sebuah video dan meninggalkan pelajaran tetapi, saya menyarankan agar sebahagian daripada waktu belajar kita diperuntukkan untuk pembentukan sahsiah diri. Dan bagaimana ia perlu dilaksanakan terpulanglah kepada setiap individu dan minat masing-masing.

     Bagi yang minat muzik mungkin boleh meningkatkan kemahiran dalam bermain alat muzik. Bagi yang suka bersosial mungkin boleh menyertai berbagai persatuan dan menyumbang dalam setiap aktiviti yang dianjurkan. Bagi yang giat bersukan, mungkin boleh menyertai mana-mana kelab sukan yang boleh membantu mengasah bakat dalam diri.

     Pokoknya, buatlah apa sahaja yang berfaedah dan juga membantu dalam membentuk diri kita agar menjadi insan yang ‘versatile’. Janganlah memerapkan diri dengan buku sehingga berulat di kepala (mungkin di situ lahirnya istilah ulat buku?) :)

     Untuk pengajaran yang kedua, saya masih lagi mencarinya. Video ini pun saya baru lihat sekali. Walaupun begitu, ada banyak lagi pengajaran yang mungkin terpendam di dalam video ini.

     Mungkin ia kelihatan seperti isu yang remeh untuk mencari pengajaran daripada video yang mungkin ‘cheap’ kalau boleh saya katakan. Tetapi, murah macamana sesuatu pengajaran sekalipun ia masih lagi berbaloi untuk difahami dan dihayati.

     Janganlah kita menjadi sombong dan enggan untuk mempelajari sesuatu daripada mereka yang kita rasakan rendah darjatnya daripada kita. Ingatlah, pengemis malahan mat rempit juga mampu memberikan pengajaran berguna kepada kita. Walaupun bukan dalam bentuk ilmu sains, tetapi mungkin lebih berharga terutamanya apabila ia menyentuh mengenai urusan kehidupan.

     Akhir sekali, sudah lupakah kita?

     Hatta Nabi Sulaiman a.s sendiri merendah diri lalu berdoa kepada Allah memohon ilham tatkala Baginda tendengar suara seekor pemimpin semut. Ya, seekor semut walaupun bersaiz kecil telah memberi satu pengajaran kepada baginda mengenai tanggungjawab seorang pemimpin khususnya dalam memastikan keselamatan orang pimpinannya.

"Hingga apabila mereka sampai di lembah semut berkatalah seekor semut: Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tentaranya, sedangkan mereka tidak menyadari ; Maka dia tersenyum dengan tertawa karena (mendengar) perkataan semut itu. Dan dia berdoa: "Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau ridhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang saleh."
(An-Naml : 18-19)

Wallahu a’lam…