JUk’s

There are 2 types of person. The giver and the taker. Of course the taker will have good meals but the giver gets better sleep.

Archive for January, 2008


Alamak…interview la (tapi nak gi Ireland)

     Pelajar-pelajar
INTEC seperti saya ingin ke luar negara. Tetapi sebelum impian tersebut
tercapai, berbagai dugaan dan ujian harus ditempuh. Salah satu ujian tersebut
ialah sesi temuduga. Ramai pelajar tidak suka apabila disebut perkataan temuduga.
Apa yang terbayang ialah mereka terpaksa menghadapi sekumpulan manusia yang
bagi mereka akan menjadikan hidup mereka pada hari itu dan sebelumnya
bergelumang dengan kerisauan.

     Tetapi,
itulah lumrah kehidupan. Dimana sahaja pasti akan ada ujian ataupun halangan.
Walaupun kita tidak suka di’panggang’ oleh panelis-panelis penemuduga, kita
tetap terpaksa menghadapi mereka jikalau hasrat ingin melanjutkan pelajaran di luar
negara ingin diterjemahkan. Apa yang pasti keputusan temuduga itu sudah tentu
di luar kemampuan kita untuk menentukannya tetapi, adakah kita hanya terus
berpeluk tubuh dan membiarkan sahaja hari tersebut datang menerpa tanpa sebarang
persediaan?

Interview_final_sr

     Saya
sedar terdapat sesetengah pelajar khususnya yang mengikuti kursus A-Level dan
ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke Ireland yang kini mungkin serba tidak
keruan menunggu giliran untuk ditemuduga. Jangan risau, memanglah saya boleh kata
begini sebab saya sudah melaluinya tetapi hakikatnya jika kita mempersiapkan
diri dengan serba lengkap, insyaAllah, kejayaan pasti diperoleh. Disini juga
saya ingin berkongsi pengalaman saya semasa menghadapi temuduga PMC dan bagaimana saya
menghadapi penemuduga itu sendiri.

Sebelum

1.     1. Praktis bertutur dalam bahasa inggeris. Abaikan
sebarang perasaan kekok samada datangnya dari diri sendiri ataupun rakan-rakan.
Pedulikan jika rasa diri macam ‘poyo’.

2.     2. Buat mock interview dengan rakan-rakan. Tak
perlu dibuat di bilik mesyuarat cemara. Di bilik sendiri pun sudah mencukupi
dan lebih seronok.

3.     3. Bincang jawapan bagi soalan yang berkemungkinan
besar untuk ditanya. Contohnya:

a. Describe the health system in Malaysia. ( soalan
berkaitan dengan perubatan)

b. Why do you want to become a doctor? (klise
tetapi popular)

c. What do you know about Ireland? (soalan-soalan
am)

4.     4. Jangan hafal jawapan yang dikarang. Takut lupa
dan boleh menjejaskan keyakinan diri semasa sesi temuduga nanti. Ingat ‘points’
yang penting sahaja. Fahamkan dan ‘elaborate’ guna ayat sendiri.

5.     5. Jangan rasa rendah diri kalau nampak macam
rakan-rakan lain sudah lebih bersedia. ‘Mantain the composure’ dan pastikan
keyakinan di ‘settingkan’ ke tahap maksima.

6.     6. Berdoa. Membantu menenangkan jiwa.

7.     7. Walaupun ramai yang suka masuk RCSI, UCD pun apa
kurangnya. Yang penting niat untuk menuntut ilmu itu. Tidak perlu ditekankan
sangat. Cuma, pilih nak masuk mana dan kemudian carilah alasan yang munasabah.
Contohnya:

a. Nak dapat ‘laptop’ secara percuma. (betul,
pernah dibuat)

Semasa ditemuduga

1.     1. Keceriaan diri itu penting. Pakai pakaian yang
kemas dan tonjolkan professionalisme dalam diri. Rambut pastikan bersikat. Bertudung
pastikan ‘simple’ tetapi kemas.

2.     2. Datang awal. Paling cantik, 30 minit sebelum
giliran.

3.     3. Tak perlu bawa sebarang nota. Cukup dengan fail
yang berisi sijil-sijil yang penting sahaja.

4.     4. Macam biasa, makan kena jaga. Pastikan sarapan
diambil dan cukup sekadar perlu sahaja.

5.     5. Bila giliran sampai dan dipanggil oleh
penemuduga, ‘mantain’. Lemparkan senyuman dan berlagak seolah-olah anda tidak
gugup. Macamana? Saya bayangkan penemuduga itu macam rakan karib saya dan
seolah-olah beliau ingin mengajak belanja teh tarik di Imtiyaz.

6.     6. Salam tangan penemuduga dengan erat (bukan kuat) bagi menunjukkan tahap ‘confidence’
yang tinggi.

7.     7. Walaupun agak janggal, tetapi saya terlebih
dahulu menanyakan soalan kepada penemuduga saya (Soalan macam ‘How are you?’, ‘What
do you think of Malaysia?’ dsb) . Bukannya apa, Cuma sebagai strategi untuk
mewujudkan ketenangan dan juga keserasian dengan penemuduga.

8.     8. Bila disoal, jawap sahaja. Ingat, tiada betul
ataupun salah dalam jawapan. Penemuduga hanya ingin melihat cara kita
berinteraksi dan memberi respon untuk menilai samada kita dah cukup matang
ataupun belum untuk pergi ke luar negara. Walau salah sekalipun jawapan kita,
penemuduga lagi suka jika cara kita mengolah jawapan tersebut seolah-olah
jawapan itu betul.

        9. Jangan takut nak minta penemuduga supaya
mengulang soalan. Jangan jadikan ketakutan  bertanya memusnahkan harapan anda.

10    10. Kalau ‘stuck’, jangan gubra. Bersikap jujur
kepada penemuduga. Jangan cakap ‘I don’t know’ tetapi tuturkan ‘The topic/question
is seems to be interesting, I wish I had read about it’. Bungakan ayat. Tarik
perhatian penemuduga.

11    11. Akhir sekali, kalau penemuduga bagi peluang
untuk bertanya, jangan lepaskan. Inilah peluang untuk kita tunjukkan yang kita
memang betul-betul nak pergi melanjutkan pelajaran ke sana. Jangan melalut.
Pastikan soalannya relevan. Contohnya:

a. How the academic term in UCD/RCSI is structured?

b. How an International student like me can
assimilate into the irish society?

c. How the clinical lesson in UCD/RCSI is conducted

        12. Di akhir interview, ucapkan terima kasih kepada
penemuduga.

Selepas

1.     1. Terpulang. Samada nak ‘celebrate’ di
KFC/McDonald ataupun hanya di Bob’s Corner

2.     2. Tawakal dan berserah. Lupakan segalanya pada
hari itu.

3.     3. Teruskan berdoa dan berdoa. Sesungguhnya rezeki
itu datangnya dari Allah. So, amatlah relevan untuk kita memohon kepadanya.

4.     4. Jangan lupa A-Level. Ingat, tak lepas A-Level
pun tak dapat pergi luar negara

     Akhir sekali,
saya ingin mengucapkan semoga berjaya kepada mereka yang akan menghadapi sesi
temuduga. Jangan takut, jangan gentar.Tiada apa yang perlu dirisaukan kerana
peratus untuk tidak lepas hanyalah 1% peratus sahaja. Jadi, teruskan usaha agar
kita tergolong di kalangan mereka yang 99% itu.

“Dan
bahwasanya usaha itu kelak akan diperlihatkan (kepadanya).” (An-Najm:40)

lakaran sejarah Al-Andalus

100_9448_3

   
    Alhamdulillah tepat jam 4.30 petang pesawat Ryanair bernombor pendaftaran FR446 yang saya naiki dari Liverpool selamat mendarat di lapangan terban Dublin. Tidak ramai penumpang yang menaiki pesawat ini maka urusan keluar pesawat menjadi lebih mudah kerana tidak perlu besesak-sesak.

    Dengan mendaratnya pesawat tersebut di Dublin maka tamatlah secara rasmi Jaulah Andalusia ataupun, meminjam kata-kata Tengku Maria Sabri, jalan-jalan cari makna di Sepanyol. Walaupun berjalan-jalan sambil menikmati keindahan di negeri orang, jaulah ini tidak dibiarkan kosong tanpa sebarang pengisian. Berbagai aktiviti telah dirancang dan dilaksanakan dengan harapan agar kembara ini menjadi sebuah kembara yang menuju kepada perolehan keredhaan-Nya.

    Setinggi kesyukuran juga dipanjatkan kepada ilahi kerana walaupun diuji dengan beberapa kesulitan, secara keseluruhannya pengembaraan saya dan rakan-rakan berakhir tanpa ada sebarang musibah. Pada asalnya kami berhajat ingin merakamkan pengambaraan ini dengan menggunakan ‘camcorder’ sebagai satu rujukan kenangan dan sumber renungan tetapi hasrat ini tidak kesampaian. ‘Camcorder’ yang berkapasiti 60GB dan berharga 700 euro tertinggal diatas bas sementara kami masih berada di Nottingham sehari sebelum berangkat ke Granada, Spain.

    Sepanjang berada di Spain, saya dan rakan-rakan telah menghabiskan masa selama 9 hari 8 malam menjelajah 5 buah tempat yakni Granada, Malaga, Gibraltar, Sevilla dan Cordoba. Tempat-tempat ini kaya dengan tinggalan sejarah terutamanya yang berkaitan dengan umat islam. Banyak istana-istana lama binaan kerajaan islam yang sempat kami kunjungi seperti Alcazaba di Malaga dan Alcazar di Sevilla. Walaupun bangunan ini indah-indah belaka dengan ukiran halus yang memikat mata yang memandang, Jaulah ini saya rasa sia-sia jika saya gagal untuk menghayati cerita dan sejarah yang ada di sebalik struktur batu ini untuk diteladani.

100_9550_2

    Alhamdulillah saya bercadang untuk menyiapkan sebuah makalah untuk merekodkan segala pengalaman yang saya lalui. Walaupun usaha untuk mencatatkan perjalanan selama 9 hari agak sukar kerana banyak perkara yang saya sudah lupa, saya berharap dengan penghasilan makalah ini ia dapat dijadikan bahan renungan untuk difikirkan bagi pembaikan diri ini. Hal ini kerana saya bukan sahaja bertemu dengan sejarah islam yang lepas tetapi juga generasi terkini masyarakat islam itu sendiri di Sepanyol dan ada diantara pengalaman berjumpa dengan mereka telah menyentuh hati saya khusunya layanan mereka yang mesra dan tidak memilih bulu kepada rombongan saya.

    InsyaAllah, jikalau diberi kelapangan saya juga berhasrat untuk berkongsi pengalaman di sana melalui penulisan di dalam blog ini. Perkara yang baik seharusnya dikongsi bersama dan saya berharap agar pengalaman ini terutamanya yang baik-baik dapat dijadikan instrumen tarbiyah dalam menerbitkan keinsafan dan kehambaan dalam diri. Walaupun umat islam di Spain pernah mencorak pentas politik dunia dengan sebuah tamadun yang hebat, tidakkah kita terfikir kenapa ia boleh jatuh dan akhirnya Spain itu sendiri menjadi sebuah negara bermajoritikan masyarakat kristian? Ataupun adakah jatuh bangunnya islam dapat dikaitkan dengan pasang surutnya iman masyarakat islam itu sendiri?

    Marilah sama-sama kita renungi dan sama-sama runsingkan persoalan di atas. Bukannya saya bertujuan untuk menggalakkan pengembalian islam secara ofensif tetapi saya bertanya kepada diri apakah dengan jawapan kepada persoalan tersebut dapat menjelaskan tujuan hidup di dunia ini?

    Akhir sekali. ada yang bertanyakan kepada saya apakah destinasi saya selepas ini dan saya menjawabnya dengan menyatakan tidak pasti. InsyaAllah, jika berpeluang, saya bercadang untuk mengelilingi UK ketika cuti easter nanti. Saya juga berhasrat untuk melawat Perancis pada musim panas nanti. Hal ini kerana bukan sahaja bahagian selatannya pernah menerima kunjungan pendakwah islam ketika era pemerintahan islam di Sepanyol, tetapi bahagian utaranya merupakan lokasi paling penting yang menjadi ‘turning-point’ dalam salah satu agenda sejarah yang paling dahsyat dalam peradaban dunia yakni Perang dunia ke-2.

" Dan apakah mereka tidak
berjalan
di muka bumi, lalu melihat
bagaimana kesudahan orang-orang yang sebelum mereka, sedangkan orang-orang itu
adalah lebih besar kekuatannya dari mereka? Dan tiada sesuatupun yang dapat
melemahkan Allah baik di langit maupun di bumi
. Sesungguhnya Allah
Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa
".
(Al-Fathir:44)