JUk’s

There are 2 types of person. The giver and the taker. Of course the taker will have good meals but the giver gets better sleep.

Archive for December, 2007


Saya bukan aku

Untuk penulisan yang akan datang saya akan menggunakan terma ’saya’ sebagai kata ganti nama diri. Tiada sebab, cuma konotasi ’saya’ itu lebih positif daripada ‘aku’.

Mungkin ada yang menganggap ia satu perubahan yang drastik tetapi ia sebenarnya adalah cuma evolusi kebiasaan dalam kehidupan. Percayalah, semakin kita meningkat dewasa kita akan mula berubah dan mula menggunakan terma-terma yang melambangkan kedewasaan kita. Itulah hakikat dan agak mustahil untuk kita lari daripadanya.

Apa-apa sahajapaun, apa yang penting ialah keberkesanan kita dalam berkomunikasi. Mungkin ada sesetengah penulis yang selesa menggunakan ‘aku’ dan merasakan penggunannya dapat menjelaskan mesej yang ingin disampaikan. Kesimpulannya, ia terpulang kepada individu samada ingin berbahasakan ’saya’ ataupun ‘aku’.

P/s: dengan rakan-rakan saya masih lagi ber’aku’ ‘kau’ kerana ia lebih selesa ketika berkomunikasi dengan mereka.

Bilamana cuti berkunjung…

Alhamdulillah, tepat pada pukul 2.00 petang, musim peperiksaan
telahpun tamat bagi saya. Sebaik sahaja penjaga peperiksaan mengutip
kertas jawapan untuk subjek terakhir saya semester ini, beberapa perancangan
mula diatur di minda untuk mengisi masa lapang cuti krismas saya selama sebulan.InsyaAllah,
bagi mengisi masa yang lapang selama sebulan ini, ada beberapa perkara yang
ingin saya lakukan.

Pertama, sebelum
berangkat ke Co. Waterfort untuk menghadiri PUISI pada 23hb ini, masa sengkang
selama 4 hari ini saya bercadang ingin membuat sedikit bacaan dan kajian keatas
dua perkara. Sebelum menjejakkan kaki ke negara Spain, saya teringin membuat
sedikit kajian mengenai beberapa tempat yang akan saya lawati seperti Granada,
Sevilla, Alhambra dan kalau diizinkan-Nya  Toledo. Saya rasa saya perlu untuk mengetahui
sedikit latarbelakang mengenai tempat yang akan dilawati kerana ongkos yang
diperuntukkan untuk perbelanjaan disana hampir mencecah 350 euro(RM 1750). Jadi, rasa tidak
berbaloi pula jika perbelanjaan yang besar sebegitu rupa dilaburkan setakat
untuk mundar-mandir dan ber’posing’ di hadapan kamera sahaja. Selain itu, kalau ada masa
lebih, saya ingin membongkar sedikit sebanyak keperibadian tokoh yang saya kagumi iaitu Tun Dr. Mahathir
Mohamad.

Kedua, Pada 23 haribulan saya akan menghadiri program PUISI
2007 yang bertempat di Co. Waterfort yang terlatak di pinggir county Dublin. Program ini
dianjurkan oleh Persatuan Pelajar Islam Ireland dengan Ustaz Hasrizal yang
dibawakan khas dari Malaysia bertindak selaku penceramah utama. Ustaz Hasrizal
merupakan seorang kaunselor yang bertugas di IJN, Kuala Lumpur dan juga
merupakan ahli pertubuhan Malaysia Think Thank London. Beliau amat giat menulis dan
beberapa artikelnya sedikit sebanyak telah mempengaruhi corak pemikiran saya.
Walaupun pernah sekali dua terserempak dengan beliau semasa memberi ceramah di
INTEC, ketika itu saya tidak beberapa mengenali beliau. Mungkin , selain
daripada aktiviti yang lain, ini juga peluang bagi saya untuk bersemuka dengan beliau
secara lebih dekat. Saya akan berada disana selama 4 hari.

Ketiga, pulang sahaja dari PUISI mungkin saya kembali
melakukan beberapa bacaan. Saya agak meminati subjek sejarah terutama sekali
yang berkaitan dengan peradaban dunia.Entah mengapa secara tiba-tiba pula saya
cenderung pula kepada satu subjek yang dipandang enteng oleh saya sewaktu SPM
dahulu.

Keempat, sekali lagi jika tiada aral melintang, saya akan
bertolak ke Nottingham pada 31 haribulan. Daripada Nottingham saya akan menaiki
penerbangan ke Spain dan berada di sana dari 1 hingga 9 Januari. Bagi saya
yang merupakan ‘first time traveller’, lawatan ini merupakan satu peluang
keemasan untuk saya menyelidiki identiti masyarakat eropah dengan lebih mendalam lagi, khususnya
masyarakat Spain itu sendiri yang kaya dengan budaya-budaya yang unik. Malah,
mungkin juga peluang ini hadir untuk mendedahkan saya dengan beberapa tempat
yang menjadi saksi kepada permulaan gelombang dakwah di eropah seperti
Alhambra.

Alhambraandgeneralifeunescoworldheritage

 

 

Sebaik sahaja pulang dari Spain, saya akan memperlahankan sedikit
tempo darah muda ini yang amat bersemangat ketika musim cuti kunjung tiba. Sedikit masa akan diperuntukkan untuk rehat dan kemaskini akan dilakukan terhadap catatan perjalanan semasa di Spain
agar dapat direkodkan dengan teratur. Mungkin tidak banyak beberapa pergerakan
dapat dilakukan ketika ini kerana semester baru akan berlangsung tidak lama
lagi iaitu pada 14 Januari.

InsyaAllah, akhir sekali saya berdoa kepada Allah agar
mengurniakan keselamatan kepada saya dan juga kepada rakan-rakan yang lain yang
juga turut mengembara. Diharapkan juga pengalaman yang ditimba nanti diberkati ,
bukan untuk menunjuk-nunjuk, tetapi untuk menghadirkan hati ini agar lebih dekat
kepada-Mu. Ameen.