Dublin Itu Sebuah Kota
Sudah 3 minggu aku berada di bumi asing nih. Jauh dari segala kebiasaan dan juga segala keselesaan. Tetapi, cabaran bukan alasan, kesulitan bukan halangan. Anak jantan pantang menyerah, kalau mahu semua jadi!!!
Dublin…
Sekali dengar jer nampak gah seperti gahnya Sir William Butler Yeats anak jati kota kecil ini. Tetapi,wajah sebenar dublin hanya dapat dijelmakan oleh mata empunya diri yang menyelusuri setiap lorong2 kota ini yang kompleks. Di sepanjang jalan di Dublin, bangunan2 bercorakkan struktur zaman victoria masih lagi teguh berdiri dengan masing2 mempunyai sejarah tersendiri untuk diceritakan. Tiada pencakar langit disini kalau nak dibandingkan dengan Kuala Lumpur tetapi ada satu struktur berbentuk tiang, seperti tiang bendera Dataran Merdeka, setinggi 120m tercacak di tengah2 dublin. Ia digelar Monument of light.
Terdapat juga sebatang sungai yang dinamakan liffey membahagikan dublin kepada 2 bahagian, utara dan selatan. Hikayat ada mengatakan bahawa bahagian utara dulunya dihuni golongan bangsawan manakala bahagian selatan pula diduduki oleh penduduk yang miskin dan sungai ini menjadi sempadan pemisah dikriminasi diantara kedua-duanya.
Kalau diperhatikan, warganya tiada beza dengan warga eropah yang lain. Berhidung mancung, berwajah lebar dan mempunyai susuk tubuh yang besar dan tinggi menjadikan aku dan rakan2 yg lain terasa kerdil. Dari sudut tabiat pula mereka amat mementingkan masa. Ini dapat dibuktikan dengan derapan langkah mereka yang sentiasa pantas seolah-olah mengejar sesuatu. Mereka juga amat peramah dan agak mudah diajak berbicara. Tegur sahaja dan mereka akan bercakap dan bercakap dan bercakap.
Budaya di Dublin juga sinonim dengan budaya di negara barat yanglain. Pemikiran mereka bercorak liberalisme yakni masing-masing bebas untuk mengutarakan apa-apa pendapat walaupun menyentuh isu2 sensitif seperti agama. Selalu sahaja dianjurkan debat2 untuk membincangkan berbagai isu dan kehadiran ke majlis ini amat mengagumkan. Dewan perdebatan sentiasa sahaja penuh dengan hadirin yang dahagakan cetusan idea berbanding di Malaysia yang hanya penuh kalau isu cinta dan kahwin dibincangkan.
Tetapi, dari aspek negatif pula perut mereka sentiasa dibanjiri oleh minuman2 keras. Dalam satu malam, setiap seorang mampu meneguk 4 botol minuman keras dan kalau itu tidak mencukupi, ditambah pula dengan 6 tin minuman tersebut. Di Malaysia, orang kita tak mampu utk menyamai pencapaian tersebut kerana 4 botol teh tarik dalam satu malam boleh menyebabkan peningkatan glucose dlm badan secara mendadak.
Akhir sekali, secara jujurnya dapat aku katakan bahawa Malaysia jauh lagi baik. Hari2 aku memikirkannya. Disaat aku menggigil kesejukan aku akan mengingati keterikan KL diwaktu tengahari. Disaat aku menghadap masakan sendiri yang tak menjadi, aku teringat masakan mak yang mengiurkan. Disaat aku berseorangan di dewan kuliah, aku teringat senda gurau di 6M1. Disaat aku termengah-mengah mencari kedai makanan halal, bayangan pelayan kedai mamak mengambil pesanan muncul di minda. Kesimpulannya, semua yang terbaik hanyalah di Malaysia.
Benar bak kata orang2 tua…Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Sebaik mana negeri orang, tanah tumpah darah sentiasa dirindui.