JUk’s

There are 2 types of person. The giver and the taker. Of course the taker will have good meals but the giver gets better sleep.

Archive for August, 2006


Struggle…mungkin adalh perkataan yg paling sesuai untuk digunakan masa kini. Hmm…kenapa x guna jer ayat jihad, bukankah itu lebih motivated? entahler…tapi menggunakan perkataan yang llebih lembut mungkin amat sesuai dikala umat islam kini dilanda badai ujian yang maha hebat…apa shj yg berkaitan dgn keganasan akn disamakan dgn islam…seolah-olah barat buntu dalam mencari satu formula kesamaan yang popular sejak kali terakhir E=MC2 diperkenalkn Einstein abad lalu.

Namun hakikatnya segala apa yang berlaku ke atas umat islam adalah berpunca daripada kelemahan kita sendiri…tidak usah pergi jauh cukup sahaja dengan menganalisis krisis pertembungan agama yang berlaku di sini shj…bermula dgn kes Moorthy isu-isu sebigini mula mendapat tempatnya di ruang2 perbincangan masyarakat sehinggalah ke kes Azlina joy dimana org2 bukan islam didalangi NGO2 mula berani mencabar agama islam…persoalannya, mengapakah ini boleh berlaku?

Secara analoginya,kita ambil contoh seekor singa. Adakah mungkin seekor singa akan ditakuti dan digeruni oleh seluruh warga rimba sekiranya dia lemah dan lesu? jawapannya, tetulah tidak.

Nah, itulah puncanya…singa yang lemah bukan shj akan diperlekehkan tetapi haiwan-haiwan lain tidak akan segan silu untuk naik kepala…

Jadi, sang singa tersebut perlulah mencari balik kekuatannya…perkara pertama yang perlu dilakukannya ialah memikirkan kembali punca kelemahan dirinya…sambil berusaha mengubatinya…selepas itu, singa tersebut perlu memper’garang’kan lg ’suara’nya agar digeruni oleh sekalian penghuni rimba…dan akhir sekali perlu menajamkan ‘kuku’nya agar dapat digunakan sbg senjata dalam mempertahankan dirinya…Dengan itu, berkemungkinan besar haiwan-haiwan lain akan sekali lagi tunduk kepada arahan si singa tersebut…dan jika ada sekalipun haiwan yg berani menntang si singa itu, maka haiwan itu pasti dapat ditewaskannya…

Namun, ianya terpulang kpd si singa tersebut…