JUk’s

There are 2 types of person. The giver and the taker. Of course the taker will have good meals but the giver gets better sleep.

“Janji yang manis…”

( Satu tribut 24 hari sebelum pulang ke PMC )

“Jukep, macamana hospital hari ini.”

Saya baru sahaja memasuki rumah membuka kasut sebelum Obob datang menyapa. Wajahnya kelihatan sedikitmurung.

“Erm…menarik. Kenapa Obob tanya?”

“Takdelah…kesian tengok jukep hari-hari balik lambat.”

Saya tersenyum tetapi dalam hati rasa terharu dengan concern yang diberikan.

“Eh biasalah tuh…nanti masa kerja nanti lagi sibuk. Inipun tugas yang saya lakukan hanya mencatit patient history 2-3 orang pesakit. Belum lagi berjumpa dengan pesakit yang ‘sebenar’!”

Mengesan saya sudah balik, Dubdub berlari-lari anak dari tingkat atas dan berdiri di sebelah Obob.

“Nanti jukep ada masa dengan kitorang lagi ke?” tiba2 Obob tanya satu soalan yang serisu. Satu soalan yang benar-benar menyentuh hati saya. Matanya tidak berkelip.

Doktor sering disinonimkan dengan kesibukan yang teramat...

Doktor sering disinonimkan dengan kesibukan yang teramat...

“Obob, Dubdub…kerja, kerja juga tetapi saya tak rasa kerja itu menjadi satu-satunya fokus kita dalam kehidupan. Kerja itu penting tetapi ada lagi perkara penting yang lain…seperti keluarga, mengajak manusia ke arah kebaikan dan juga peningkatan diri sendiri. Semua perkara ini harus pandai kita selitkan dalam jadual kehidupan kita yang padat. Bagi saya jika kita mencicirkan salah satu daripada aspek ini, maka kita tidak menjadi manusia yang sempurna.”

“Apa yang jukep cuba maksudkan?”

“Maksud saya dengan kerja kita dapat pendapatan. Dengan pendapatan inilah kita gunakan untuk mengurus keperluan kehidupan kita. Beli makanan, beli petrol, seluar, baju, sewa, api, air…semua ini memerlukan duit, kan?”

“Erm…betul.” Kedua-duanya mengangguk.

“Manakala keluarga pula adalah medan dimana kita berkasih sayang. Mencurahkan cinta dalam memenuhi naluri kita yang juga merupakan tanda rahmat dari Allah.”

“Dakwah pula?” tanya Dubdub pula.

“Oh, perkara itu penting juga Dubdub, Obob…bagi saya, tugas tersebut seolah-olah kita sedang membina sebuah jambatan emas yang menghubungkan alam duniawi ini dengan alam akhirat. Kita diseru untuk mencapai potensi kita di dunia tetapi dalam masa yang sama, tidakkah kita sama-sama setuju yang kita juga perlu memperluaskan matlamat kita melangkaui alam yang fana’ ini?

So, bagi saya…tugas dakwah ialah sebagai satu ‘means’ yang boleh membawa kita untuk mencapai matlamat tersebut. Untuk itu juga, kita perlu meningkatkan amal atau penambahbaikan pada diri kita agar selari dengan sifat tugas yang kita ingin bawa.”

Matlamat yang merentas dua dunia

Matlamat yang merentas dua

“Tapi…saya risau. Maafkan saya kalau apa yang saya cakap nih buat jukep kecil hati, cuma saya khuatir apa yang jukep cakap ini hanya indah pada teori tapi tidak pada praktikalnya…”

Saya faham. Kerisauan obob bukanlah pada apa yang saya lakukan. Mungkin pada possibility keregangan hubungan yang boleh berlaku apabila saya mula menerjah alam kerjaya . Masalah ini benar-benar mengusik hati genitnya.

“Tak perlu risau pun sebenarnya. Walaupun saya akui kadangkala perkara itu berlaku, anggaplah ia sebagai lumrah manusia yang sentiasa membuat kesilapan. Maklumlah, orang yang baru nak berjinak-jinak nak masuk alam dewasa…mesti akan melakukan banyak kesalahan. Saya rasa saya sudah, sedang dan akan membuat silap.Tetapi, saya rasa kesilapan itulah yang diperlukan kerana ia merupakan guru terbaik buat kita dalam mematangkan diri. Tahu tak Oscar Wilde cakap ape?”

“Dia cakap apa?”

“Dia cakap…’experience is the name people give to their mistakes’…”

“Haha…lucunya…” Dubdub ketawa kecil. Entah apa yang diketawakannya. Obob pula hanya tertunduk. Masih lagi murung.

“Lucu, lucu juga tetapi kita mesti fikirkan maksud tersirat disebalik ungkapan tersebut. Jangan disebabkan kerana takut untuk berbuat salah maka kita menjauhkan diri daripada melakukannya. Teori perubatan pun kalau awak semua perasan, indah jika dibaca pada bukunya tetapi kalau tidak diamalkan kerana takut buat silap dan dimarahi oleh SHO maka ia kekal sebagai teori tanpa boleh memberi sebarang manfaat kepada manusia lain. Akhirnya diri sendiri dan juga masyarakat yang rugi.”

A worried mouse ( OBOB )

A worried mouse ( OBOB )

“Erm…” Obob ingin bersuara tetapi seolah-olah ada sesuatu yang menyekatnya.

“Jangan risau, obob, Dubdub. Awak semua kan sebahagian daripada keluarga saya. Saya berjanji, sibuk mana sekalipun, saya tetap akan peruntukkan sedikit masa untuk keluarga kerana saya yakin dengan keperluan sebuah sistem kekeluargaan yang utuh . Bukan untuk membesar diri tetapi, saya rasa berhasilnya saya pada hari ini adalah kerana saya berhutang jasa dengan keluarga saya di Malaysia sana.”

Obob sudah mula tersenyum walaupun ia kelihatan seperti terpaksa.

“Ye ke,Kalau macam tuh saya nak awak buktikan…” Cabar Obob.

“Buktikan macamana…” Saya setuju untuk menyahutnya.

“ Belanja kami semua kat KEBABISH malam nih…”

“Hoho…sudah ‘pandai’ sekarang ye…”

“Eh…eh…jangan lupa…jangan lupa.”

“ Apa-apalah korang nih…baiklah no problem…tapi izinkan saya naik tukar baju dan solat dulu, k”

“Ok…btw, thanks…jukep…”

Sayapun berlalu menuju ke bilik. Sambil melangkah saya hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala. Hati saya tertanya-tanya: Mampukah saya menyimpan “janji yang manis” yang dilafazkan? Saya jawab saya tidak pasti. Hanya kepada-Nya sahajalah saya bertawakkal.

Bookmark and Share

God’s Instrument of Mercy

( Satu tribut 39 hari sebelum pulang ke PMC )

Cair hati saya bila melihat seorang lelaku tua dalam lingkungan umur 50-an berhempas-pulas mengeluarkan kahak daripada saluran pernafasannya. Mukanya merah padam manakala bibirnya pula kebiruan. Walaupun berhasil, kahak yang dikeluarkan tidaklah setimpal usaha yang ditaruhkan.

Hanya beberapa tompok sahaja yang berjaya dikumuhkan jika hendak dibandingkan dengan saiz cawan yang ditadahkan. Saya hanya mampu memerhatikan sahaja tanpat berbuat apa-apa kerana tidak berapa arif mengenai COPD (Chronic Obstructive Pulmonary Disease) yang sedang dideritai beliau ketika itu.

Namun, pengalaman tersebut telah meninggalkan bekas dalam diri saya. Sejak daripada peristiwa itu saya diterjah rasional disebalik hubungan antara konsep sakit dengan kehidupan manusia.

Untuk beberapa masa, relevan bagi hubungan tersebut saya fikirkan sambil bertanyakan beberapa soalan seperti ‘kenapa manusia harus ditimpa dengan penyakit’ dan ‘kenapa manusia harus diuji sedemikian rupa’. Tetapi, saya akur yang ‘nature’ soalan-soalan ini bakal mengeheret saya dalam satu pencarian yang lama.

Merenung jauh kucing ini...

Merenung jauh kucing ini...

Alhamdulillah.

Pencarian saya akhirnya telah menemukan saya kepada satu klu yang saya rasa mampu untuk merungkaikan persoalan diatas. Ia datang bukan dalam satu bentuk fakta tetapi melalui kata-kata hikmat oleh Ishaq Ibn Ali Al-Ruhawi, yang merupakan ilmuan silam islam dan juga pengarang kitab Adab Al-Tabib, sebuah karya penting dalam bidang etika perubatan. Beliau telah mengatakan bahawa;

A physician is a God’s instrument of mercy

Walaupun ianya hanyalah satu ungkapan yang ringkas tetapi bagi saya disebaliknya tersirat maksud yang amat mendalam. Maksud yang seharusnya difahami oleh mereka yang MAHU bergelar seorang doktor.

Bagi mereka yang merasakan bahawa Allah tidak bersifat rahmat kerana mencipta penyakit ataupun tidak adil kerana menimpakan penyakit pada golongan-golongan tertentu maka ungkapan ini mampu menangkis tanggapan tersebut.

Sebelum kita pergi jauh membincangkan bagaimana seorang doktor boleh menjadi instrumen kepada rahmat Allah, kita harus memahami falsafah dan merenung akan hikmah disebalik konsep sakit itu sendiri.

STRESSED = DESSERTS

Berada dalam situasi sakit seharusnya dinilai dari sudut pandang yang positif. Sakit harus dilihat sebagai peringatan atau tazkirah yang diturunkan Allah secara berulang-ulang bertujuan mengingatkan manusia akan datangnya satu kepastian yang telah ditetapkan iaitu mati.

Dalam sakit pasti ada hikmahnya...tapi apakah dia?

Dalam sakit pasti ada hikmahnya...tapi apakah dia?

Ketika sakitlah, manusia selalunya akan menyedari akan hakikat dirinya yang lemah dan tidak kekal (mortal). Perkara ini serta beberapa ‘keistimewaan’ lain yang lazimnya diperoleh pesakit seperti cuti sakit, waktu rehat yang panjang serta pengasingan daripada orang lain perlu digunakan sebaiknya untuk merefleksi diri sendiri dan menilai sebaik manakah nikmat masa sihat yang telah dikurniakan.

Adakah ianya dimanfaatkan dengan mengumpul bekal-bekal ke akhirat ataupun hanya dirugikan dengan begitu sahaja? Justeru, konsep sakit tidak lain tidak bukan adalah satu metode yang digunakan oleh Allah dalam mendidik hambanya.

Satu proses tarbiyah yang luar biasa.

PERANAN DOKTOR

Selain itu, salah satu tanda sifat Rahmah Allah yang lain ialah Allah mencipta ubat bagi setiap penyakit yang ada. Perkara ini didukung oleh sebuah hadis riwayat Abu Daud dimana Rasulullah S.A.W telah bersabda:

Bahawa Allah telah menurunkan penyakit dan ubat dan dijadikan kepada setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram.”

Disinilah seorang doktor harus memainkan peranannya kerana Allah tidak lantas dalam mendedahkan penawar bagi sesuatu penyakit. Sebaliknya akal yang diberi harus dikerah dalam usaha mencari penawar yang dijanjikan selari dengan konsep khalifah, akal dan juga kemuliaan manusia berbanding dengan makhluk-makhluk yang lain. Justeru, jikalau Allah bersifat rahmah dengan menyediakan penawar bagi setiap penyakit maka doktoradalah ‘instrumen’-Nya dalam menyampaikan Rahmah tersebut kepada hambanya-Nya.

Ada tanggungjawab yang besar di sebalik senyuman itu...

Ada tanggungjawab yang besar di sebalik senyuman itu...

Oleh sebab itu, pada doktor harus menyedari bahawa tugas mereka bukan sahaja hanya menyembuhkan penyakit semata-mata, tetapi , dengan izin Allah, memberi peluang kepada pesakit untuk menikmati masa sihatnya kembali. Sungguh besar peranan doktor dalam hal ini kerana mungkindengan kembalinya pesakit kepada masa sihatnya maka, dia dapat melaksanakan perubahan yang telah pun diazamkan masa sakitnya.

Kesimpulannya, seorang pengamal perubatan itu harus melihat peranannya bukan sekadar menyembuhkan penyakit. Di bahunya terletak satu tanggungjawab yang mulia dan lebih besar. Yakni menyebarkan rahmah Allah kepada Hamba-Nya.

Sebab itu, Ishaq Al-Ruhawi menulis buku Adab At-Tabib masa zaman khalifah Abbasiyah sebab beliau sedar, sebagai orang yang bertanggungjawab dalam menjadi agen Tuhan dalam menyembuhkan penyakit, seorang doktor harus mengamalkan etika-etika tertentu. Ini bagi melindungi kewibawaan profession itu sendiri selain menancapkan keyakinan dalam hati pesakit terhadap kemampuan golongan ini.

Akhir sekali, renungkanlah perananmu wahai para doktor sekalian dan tanyakanlah diri masing-masing samada kita berada di atas jalan ini atas sebab-sebab lain ataupun sebagai:

“A God’s Instrument of Mercy”

Bookmark and Share

PEMIMPIN: MEMOTIVASI DALAM AUTORITI

( Satu tribut 50 hari sebelum pulang ke PMC )

“Yasmin, saya nak awak siapkan tugasan ini dalam masa 2 hari.” Bentak Razmin yang menghempapkan dokumen setebal 5 muka surat diatas meja pekerjanya.

“Tapi, boss…” Yasmin cuba memberitahu Razmin yang esok dia terpaksa menemani bapanya yang dimasukkan ke hospital akibat Diabetes.

“ Takde tapi-tapi. Ingat, dua hari sahaja tahu!” Razmin memotong percakapn Yasmin tanpa ada rasa peduli untuk mendengar masalah Yasmin. Tegas.

Yasmin akur. Diambilnya dokumen tersebut lalu dibeleknya satu persatu.

Razmin pula puas berlalu pergi meninggalkan meja Yasmin sambil menyangkakannya arahannya dipatuhi. Dia tidak sedar yang Yasmin mencebikkan muka ke arahnya.

Yasmin mungkin mampu menyelesaikan tugas yang diberi tetapi hasil kerjanya tidak pasti samada baik ataupun akan dibuat ala kadar sahaja. Disini Razman mungkin bejaya dalam melaksanakan autoritinya tetapi berjayakah Razman dalam menjalankan peranannya sebagai ketua?

Belum tentu lagi.

Apabila seorang itu dilantik menjadi pemimpin, ini tidak bermakna dia diberi kelebihan untuk mengarah semata-mata. Walaupun ada sesetengah yang berpendapat, asalkan objektif yang telah ditetapkan oleh kerja yang diberikan dicapai, seseorang itu boleh dikira sebagai pemimpin yang baik.

Namun, peranan seorang pemimpin sepatutnya lebih daripada itu. Razmin boleh mempengaruhi hasil kerja Yasmin dengan menjadi lebih baik sekiranya dia memainkan satu peranan penting yang sepatutnya dimainkan oleh seorang pemimpin.

Peranan inilah yang kadangkala tidak diambil endah sangat oleh mereka yang bergelar pemimpin.

Yakni, hanya tahu melantangkan autoriti tetapi sering lupa akan peranan MEMBERI MOTIVASI.

Pemimpin harus menyedari bahawa anak buah yang dipimpinnya hanyalah manusia biasa yang seringkali berhadapan dengan masalah hidup seharian. Kekurangan duit, masalah kesihatan, keluarga ditimpa musibah adalah merupakan beberapa contoh masalah yang boleh merampas kualiti kerja manusia. Halangan seperti inilah yang perlu diambil peduli oleh pemimpin kerana ia mampu memberi kesan kepada hasil kerjayang dilakukan oleh anak buahnya.

Kalau kerja yang dilakukan siap maka ia adalah bonus kepada si pemimpin. Tetapi, lain pula ceritanya jika hasil kerja yang dilakukan hanya ala kadar sahaja. Lebih teruk lagi, disebabkan oleh tekanan yang memuncak, kerja yang sepatutnya disiapkan dibiarkan tergantung. Anak buah pula menyorok, melarikan diri meninggalkan si pemimpin terkapai-kapai dengan kerja yang melonggok.

Justeru setiap pemimpin perlu melihat kepada keperluan dalam memberi motivasi kepada anak buahnya.

Sekadar gambar hiasan

Sekadar gambar hiasan

BAPA MITHALI

Sebagai permulaan, seorang pemimpin haruslah memainkan sebagai seorang bapa yang sentiasa prihatin mendengar permasalahan anaknya.

Setiap masalah yang diadukan akan didengar dengan teiliti walapun si bapa kepenatan baru pulang dari tempat kerja. Hal ini kerana si bapa yang arif menyedari bahawa setiap masalah yang dihadapi oleh anaknya, tidak kira besar mahupun kecil, boleh menjejaskan ‘future investment’nya.

Kadangkala tidak perlu pun seorang pemimpin menyelesaikan segala masalah yang menimpa anak buahnya. Cukuplah sekadar menjadi hero dengan menjadi pendengar yang tidak tuli. Yakni, mendengar sambil memahami.

Malah, sesetengah masalah boleh diselesaikan hanya dengan mendengar dan mengambil peduli terhadap masalah yang menimpa golongan yang dipimpinnya.

Dalam contoh diatas, sekiranya Razmin bersikap lebih prihatin, beliau tidak perlu pun menjadi seorang doktor bagi merawat ayah Yasmin. Cukup sekadar memberi cuti sehari dua kepada Yasmin agar dia dapat menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang anak. Perihal kerja pula tangguhkanlah ia ataupun beri kepada pekerja lain yang ada kelapangan.

“TO ERR IS HUMAN BUT TO FORGIVE IS DIVINE”

Di samping itu, antara cabaran paling besar bagi pemimpin dalam menjalankan peranannya sebagai pemberi motivasi ialah apabila anak buahnya melakukan kesilapan yang mendatangkan musibah kepada hasil akhir kerja.

Situasi ini meletakkan pemimpin dalam kedudukan dilemma. Samada mahu memarahi kesilapan anak buahnya itu ataupun memaafkan kesilapannya. Kedua-duanya mempunyai kesan negatif dan positif yang sama beratnya.

Namun, jalan penyelesaiannya mungkin tidak mudah untuk dibawa ke dunia realiti. Kadangkala si pemimpin berasa agak sukar untuk memaafkan kesilapan anak buahnya tetapi, memaafkan adalah langkah terbaik sekiranya seorang pemimpin berhadapan dengan situasi tersebut. Bak kata pepatah inggeris:

“ To err is human but to forgive is divine”

Jika perlu marah sekalipun lakukanlah ia dalam bentuk teguran dan dengan niat ingin membetulkan keadaan, bukannya untuk menjatuhkan airmuka.

MEMBERI PUJIAN

Akhir sekali, seorang pemimpin hendaklah membiasakan diri memberi pujian kepada anak buahnya kerana pujian merupakan instrumen paling efektif dalam memotivasikan mereka untuk bekerja. Tidak perlulah menuturkan pujian yang melambung tinggi serta memberi hadiah sampai berkotak-kotak. Cukup sekadar mengatakan bahawa hasil kerja yang dilakukan memuaskan dan menepati piawaian yang dikehendaki.

Syoknya dipuji...

Syoknya dipuji...

Pujian juga bisa meruntun jiwa anak buahnya. Ia menjadi tanda penghargaan si pemimpin kepada anak buahnya yang bertungkus lumus menyiapkan kerja secara baik. Lazimnya, anak buah akan terkesan dengan pujian yang diberi dek lumrah manusia yang sentiasa ingin merasakan dirinya dihargai. Hasilnya, mereka akan menjadi lebih ‘motivated’ dan tugasan seterusnya akan menjadi lebih produktif tanpa ada sebarang perasaan ‘terasa’ di hati.

Sebagai kesimpulan, seseorang pemimpin haruslah sentiasa peka dengan masalah yang dihadapi oleh setiap anak buahnya. Jangan biarkan pangkat kuasa memabukkan pemimpin daripada melihat sisi manusia dalam setiap pekerjaan yang dilakukan oleh anak buahnya.

Jikalau mampu, berusahalah mencari jalan penyelesaian terhadap masalah yang mereka hadapi. Jika perlu, maafkan kesalahan mereka selagi mana patut serta jika berhak, pujilah mereka yang telah berpenat-lelah mendatangkan hasil kerja yang memuaskan.

Kalaulah Yasmin mempunyai pemimpin seperti ini jangankan 5 muka surat, barangkali 15 muka surat pun sanggup dia siapkan.

Dengan ikhlas.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:


Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinannya. Imam (Ketua Negara) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Suami (bapa) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Wanita pemimpin di rumah suaminya dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Orang Gaji adalah pemimpin kepada harta benda yang diamanahkan kepadanya dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Tiap-tiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan ditanya mengenai kepimpinan kamu“.

(Hadis Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ahmad)

Wallahu’alam.

Bookmark and Share

Tribut 53 Hari Sebelum Pulang ke PMC: Malam pertama di London…

“Kamu semua nak rehat dulu ke nak berjalan?” Soal saya kepada mereka sambil bunyi hujan masih lagi gemersik di luar rumah.

Mereka memandang sesama sendiri sambil mengharapkan ada seorang wakil yang berani untuk meluahkan hasrat hati ingin meneroka dunia London pada malam itu.

“ Rasanya cantik juga kalau kita keluar malam ni, kep. Daripada duduk tak buat apa-apa kat rumah ni. Lagipun, jam baru pukul 6.” Ujar Adib yang memberanikan diri menjadi spokesperson setelah diasak oleh jelingan-jelingan yang mendesak.

Memang waktu itu baru pukul 6 tetapi pukul 6 di London ketika musim sejuk sama seperti pukul 9 di Malaysia. Lagipun hujan diluar sana belum menunjukkan tanda-tanda akan berhenti. Suhunya pula seperti boleh menyejukkan air menjadi ais.

“Ok. Kalau begitu, kamu semua hendak kemana?” Tanya saya

“Apa kata kita pergi pusing-pusing Stadium Emirates?” Pinta Adib yang agak terkenal sebagai peminat pasukan Arsenal.

Lokasi idaman pada malam pertama mereka di London

Lokasi idaman pada malam pertama mereka di London

“ Baiklah, kalau semua setuju dalam 10 minit lagi kita akan berjalan-jalan sekitar Finsbury Park sebelum ke Stadium tersebut.” Balas saya memuktamadkan perbincangan perjalanan untuk malam itu.

Wajah Adib kelihatan girang. Begitu juga dengan dengan air muka rakan-rakannya yang lain yang kelihatan tidak sabar-sabar untuk menjelajah dunia baru ini. Walaupun tempat yang akan mereka lawati tidaklah segah Big Ben mahupun Westminster Abbey, mungkin ia lebih baik daripada terperap sahaja didalam rumah dan membiarkan masa berlalu.

Sebelum kami membelah malam pekat yang diiringi oleh gerimis yang halus itu, Kami mendahulukan perkara yang fardhu dengan menunaikan solat Maghrib dan Isya secara berjemaah. Selain memperoleh ketenangan di hati, mudah-mudahan kami berharap perjalan kami nanti sentiasa diberkati-Nya.

………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Stadium Emirates merupakan salah satu stadium utama di England. Stadium ini merupakan gelanggang milik pasukan Arsenal yang merupakan pesaing utama dalam Liga Perdana Inggeris. Stadium ini agak baru dan dibina bagi menggantikan stadium Highbury Park yang kapasitinya jauh agak kerdil berbanding Stadium Emirates yang mampu menampung lebih kurang 70,000 penonton.

Menurut Waqi ( Salah seorang warga Finsbury Park ), acapkali Stadium Emirates menganjurkan perlawanan bola sepak, beliau pasti mengalami gangguan kerana riuh dan gegaran daripada stadium tersebut mampu sampai ke rumahnya yang terletak lebih kurang600 meter daripada stadium.

Stadium ini juga mampu dicapai oleh pengguna Tube (baca: LRT bawah tanah) kerana ada satu stesen bernama Arsenal yang didedikasikan khas untuk stadium ini. Tetapi, malam itu kami memilih untuk berjalan kaki kerana ia lebih mudah berbanding menaiki tube. Jarak Stadium Emirates daripada Finsbury Park pun tidaklah jauh mana, sekadar 20 minit berjalan kaki.

Stesen Tube Arsenal

Stesen Tube Arsenal

Sepanjang perjalanan, tiada apa yang menarik berlaku kecuali kami isi dengan sembang-sembang membincangkan perancangan sepanjang jaulah nanti.

“Kenapa macam senyap je orang-orang kat sini.” Soal Fakhri tiba-tiba yang merasa hairan dengan suasana yang dirasainya ketika kami melintasi satu kawasan perumahan.

“Mungkin mereka lebih selesa kot duduk dalam rumah berbanding kita yang keluar pada waktu malam ni.” Balas saya sambil bergurau sinis.

Setelah kami sampai di perkarangan Stadium Emirates, kami mengambil peluang untuk menangkap gambar sebagai kenangan. Berbagailah Pose digayakan pada malam itu. Ada yang ber’pose’ dengan melecehkan pasukan Arsenal dan ada juga yang hanya berdiri statik lengkap dengan melirik satu senyuman manis.

Tetapi, satu jenis pose kegemaran yang mereka suka lakukan tetapi yang saya tidak faham ialah pose melompat beramai-ramai. Mungkin pose itu adalah satu bentuk ekspresi kepuasan yang ingin diabadikan selama-lamanya dalam bentuk gambar.

Kenangan yang cuba dirakamkan

Kenangan yang cuba dirakamkan

Namun, secara tiba-tiba hening malam itu dipecahkan oleh bunyi siren beberapa kereta polis. Tidak berapa jauh daripada tempat kami bergambar, kereta polis tersebut berhenti dan beberapa orang pegawai polis keluar menuju ke arah stadium. Kelihatan mereka seperti menuju kearah beberapa orang yang kelihatan mabuk dan tidak beberapa betul sedang berfoya-foya disitu. Sejurus kemudian orang mabuk tersebut dibawa ke kereta polis tersebut.

Walaupun tidak jelas, saya dapat mendengar sesi soal-siasat yang sedang berlangsung. Rupa-rupanya mereka telah mendatangkan masalah yang mendorong orang awam untuk menghubungi pihak polis. Walaupun tidaklah secemas mana, kami semua menjadi bimbang dan mengambil keputusan untuk terus pulang ke rumah.

Dalam perjalanan balik, kami sama-sama berborak mengenai kejadian yang telah berlaku. Berbagai teori dan spekulasi yang ditimbulkan namun perbualan mengenainya tidak berlangsung lama kerana masing-masing kepenatan. Perut pun sudah berbunyi tanda lapar.

Bagi menghilangkan rasa lapar kami singgah sebentar di Griller, sebuah restoran halal yang menjual makanan ala-ala KFC. Setelah puas menikmati juadah di situ, kami pun pulang semula ke rumah Andhar.

Walaupun kenyang, penat berjalan di dalam bas selama 5 jam dan juga ke stadium Emirates masih lagi bersisa. Semua orang kelihatan tidak bermaya. Wajah Pok yang nampak paling tidak tahan sekali. Maklumlah, kali pertama berjalan di negara orang dalam keadaan musim sejuk yang mencabar. Mungkin tidur sahaja mampu menjadi ubat kepada lelah yang dia rasai.

Tiba sahaja di rumah Andhar kami mengurus diri dan juga mengatur tempat tidur. Setelah semuanya selesai kami pun melabuhkan diri dan berehat bagi mengumpul tenaga sebelum menjelangnya hari esok yang lebih menarik. Menarik kerana esok kami akan menjelajah kawasan yang terkenal dikenali dengan jolokan ‘The Heart of London’.

Bookmark and Share

Tribut 62 Hari Sebelum Pulang ke PMC: Jaulah London

Di terik padang pasir
Dari jauh ku lihat air
Haus tekak idam setakir
Namun realitinya hanya maya yang hadir…

Disember telahpun berlalu. Begitu juga dengan kenangan yang ditinggalkan sepanjang saya melalui tahun yang penuh warna-warni ini. Banyak kisah menarik yang ingin saya curahkan. Cumanya, faktor masa dan kekangan ruang menghadkan saya untuk berbuat demikian.

.

Bermusim salji di London baru-baru ini mungkin merupakan aktiviti melancong terakhir saya di bumi Eropah ini. Selepas ini, eropah tiada lagi. Tiada lagi kesempatan saya menikmati kebab murah, berski, bercuti 3 bulan ketika musim panas dan berada dalam suasana yang merangsang daya intelektual.

.

Namun, apa yang telah saya dapati dan pelajari daripada melakukan semua aktivit tersebut dan lain-lain bakal saya jadikan rujukan dalam menempuh cabaran kehidupan seterusnya.

.

Saya pernah berkunjung ke London tahun lepas. Tetapi, kunjungan saya sewaktu itu amat berlainan dengan lawatan saya ke ibu negeri England baru-baru ini. Ketika itu saya hanya bersendirian tetapi dalam lawatan selepas itu saya diberi kesempatan memimpin 5 orang pelajar tahun 1 yang baru ingin berjinak-jinak dengan dunia sebelah barat.

.

5 orang yang saya rasa bertuah untuk berjalan bersama ialah, Adib, Akmal, Yahya, Hanif dan Pizu.

Nadzir, Akmal, Hanif, Yahya, Pizu...erm...Ketua Rombongan

Nadzir, Akmal, Hanif, Yahya, Pizu...erm...Ketua Rombongan

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Belumpun sampai ke sempadan kota tersebut saya telah ditimpa satu cabaran. Bas yang membawa kami mempunyai tandas yang tidak boleh dipakai sedangkan ketika itu salah seorang daripada mereka betul-betul ingin menggunakannya. Saya cuba memohon simpati pemandu bas agar berhenti seketika.

.

Tetapi permintaan saya hanya dibalas dengan bahasa loghat yang saya sendiri pun tidak memahaminya. Saya meminta dia supaya bersabar kerana ketika itu bas sudahpun melintasi Regent’s Park dan bakal sampai ke Victoria Station dalam 10 minit lagi. Katanya dia sudah menahan hajatnya kira-kira 3 jam yang lalu. Saya terpinga. Harap-harap 10 minit seterusnya bukanlah 10 minit yang panjang kerana saya tahu benar keperitan situasi yang dialaminya…

………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Alhamdulillah tepat jam 6.30 petang kami sampai ke Finsbury Park. Kesian saya melihat mereka yang kelihatan agak penat setelah terpaksa berasak-asak untuk menaiki dan keluar dari ‘tube’ (baca: LRT bawah tanah) dari Victoria Station ke Finsbury Park. Cuaca pun agak buruk dengan hujan renyai-renyai turun menyambut kedatangan kami. Setelah memastikan bilangan kami cukup, kami pun terus bergerak ke rumah Andhar.

.

Sungguh terharu saya dengan sambutan yang kami terima daripada tuan rumah. Walaupun hanya berkenalan dua hari lepas ketika program Winter Gathering di Glasgow, sambutan yang kami terima seolah-olah kami ini kawan lama yang sudah tidak lama bersua.

.

Sekawan 3A (Aizat, Andhar dan Akmin) yang ketika itu berada di rumah sungguh bersopan melayani kami sebagai tetamu. Begitu juga dengan suasana ukhuwwah pekat yang terasa ketika Aizat memimpin kami dari Hallway ke Living Room.

.

Air teh panas dihidangkan tanpa dipinta untuk dijadikan penghangat badan bagi kami yang kesejukan mengharungi hujan dan angin sejuk diluar tadi. Peluang yang ada juga kami isi dengan bual-bicara seketika bagi menghilangkan letih badan sebelum menunaikan solat jamak Maghrib dan Isya’ berjemaah.

.

Saya sebenarnya berasa sungguh senang dan seronok dengan keperihatinan tuan rumah dalam melayan kami semua sebagai tetamu. Segala keletihan, perasaan marah dan juga kerisauan yang saya alami sebelum sampai ke rumah mereka hilang serta-merta.

“Bertuahnya golongan Muhajirin kerana memiliki kaum ansar sebagai saudara mereka.”

Bilang saya dalam hati sambil mencicip teh panas dari cawan putih yang menyegarkan.

.

Bersambung dalam siri seterusnya: (Part 2: Malam Pertama di London)

Bookmark and Share